Hebahan Penganjuran Persidangan Forum dan Eksposisi Pemerkasaan Anak Muda (Youth Empowerment Fair 2023)

 

Pengumuman Daripada: Pusat Komunikasi Korporat (PKK)

 

Assalamualaikum W.B.T dan Salam Sejahtera,

YBhg. Datuk Seri / Dato'/ Dr./ Datin / Tuan / Puan,

HEBAHAN PENGANJURAN PERSIDANGAN FORUM DAN EKSPOSISI PEMERKASAAN ANAK MUDA (YOUTH EMPOWERMENT FAIR 2023)

Dengan hormatnya perkara di atas adalah dirujuk.

2. Sukacita dimaklumkan bahawa satu Persidangan Forum dan Eksposisi Pemerkasaan Anak Muda (Youth Empowerment Fair) atau YEF 2023 anjuran Minds 4 Malaysia dan Yayasan Go Strong Malaysia akan diadakan pada 18 dan 19 Mac 2023 (Sabtu dan Ahad) bermula jam 9.00 pagi hingga 6.00 petang di Dewan 6&7 Kuala Lumpur Convention Centre (KLCC).

3. Untuk makluman YBhg. Datuk Seri / Dato'/ Dr./ Datin / Tuan / Puan, YEF 2023 diadakan khusus bagi memperkasa dan mempersiap anak muda negara dalam menghadapi cabaran pekerjaan, keusahawanan dan Pendidikan. Persidangan YEF2023 akan mengumpulkan tokoh-tokoh usahawan dan korporat, pemikir dan ahli akademik dalam mengupas isu-isu penting dalam mempersiap jati diri dan modal insan anak muda.

4. Selain itu, satu sesi wawancara bersama YAB Dato’ Seri Anwar Ibrahim, Perdana Menteri akan diadakan melalui Segmen Istimewa: Temu Anwar pada 19 Mac 2023 jam 4.00 petang. Pada sesi ini, para pelajar serta belia berpeluang untuk berinteraksi dan menyuarakan pendapat terus kepada YAB Perdana Menteri.

5. Sehubungan dengan itu, dimohon kerjasama YBhg. Datuk Seri / Dato'/ Dr./ Datin / Tuan / Puan agar dapat memanjangkan jemputan program ini kepada semua penuntut universiti awam/ politeknik/ kolej komuniti dan Institusi Pendidikan Tinggi Swasta (IPTS). Maklumat lanjut mengenai program ini boleh didapati melalui pautan https://mindsformalaysia.com/yef2023-programme/.

Kerjasama dan perhatian YBhg. Datuk Seri / Dato'/ Dr./ Datin / Tuan / Puan amat dihargai dan didahului dengan ucapan terima kasih.

 

 Sekian.

IKUTI KAMI @

CAPAIAN PANTAS

  •  Direktori Kakitangan
  • Direktori Kepakaran
  • Portal Kakitangan
  •  Portal Pelajar
  •  SmartUMS
  •  E-Respon
  •  VirtualTour@UMS
  •  UMS Institutional Repository
  •  Tempahan Ruang

PAUTAN LAIN

  •  Peta UMS
  • Data Terbuka
  • Portal Kerajaan Negeri Sabah
  • Kementerian Pengajian Tinggi (KPT)
  • MAMPU
  • Portal Kerajaan Malaysia (MyGov)
  • UMS Investment Holdings Sdn. Bhd.