Pengumuman Daripada: Bahagian Pengurusan Sumber Manusia, Jabatan Pendaftar
Dengan segala hormatnya saya merujuk perkara di atas.
2. Dengan ini dimaklumkan, pihak YBrs. Prof./Dr./Tuan/Puan selaku Ketua Jabatan atau Kakitangan Pentadbiran dipelawa untuk mengemukakan permohonan Pertukaran Tempat Bertugas (PTB) bagi tahun 2023.
3. Permohonan boleh dibuat melalui Modul Pertukaran Tempat Bertugas dalam Sistem HRonline pada 1 hingga 14 April 2023. Hanya permohonan yang lengkap dan memenuhi syarat akan diproses untuk pertimbangan jawatankuasa berkenaan. Garis Panduan PTB Pentadbiran dan Manual Pengguna sistem boleh dirujuk dalam Modul PTB HRonline.
4. Untuk maklumat lanjut, pihak YBrs. Prof./Dr./Tuan/Puan boleh berhubung dengan Encik Ismail Ladama, Ketua Seksyen Perjawatan (Pentadbiran), Bahagian Pengurusan Sumber Manusia, Jabatan Pendaftar melalui emel Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya..
Perhatian dan kerjasama pihak YBrs. Prof./Dr./Tuan/Puan dalam perkara ini amat dihargai dan didahului ucapan terima kasih.
Sekian, terima kasih.