Hebahan dan Pelawaan Kepada Pelajar Bagi Menyertai Anugerah Sempena Majlis Anugerah Hal Ehwal Pelajar dan Alumni (MAHEPA)

 

Pengumuman Daripada: Jabatan Hal Ehwal Pelajar (JHEP)

 

Sukacita dimaklumkan, Majlis Anugerah Hal Ehwal Pelajar dan Alumni (MAHEPA) merupakan platform terbaik untuk mengiktiraf dan memberi galakan kepada kepimpinan mahasiswa di UMS yang telah menunjukkan kecemerlangan kepimpinan yang holistik dan kompeten selari dengan Lonjakan 1 Pelan Pembangunan Pendidikan (PT) 2015-2025.

 

Sehubungan dengan itu, Jabatan Hal Ehwal Pelajar mempelawa kepada semua pelajar bagi sesi 2021/2022 yang berkelayakan untuk memohon bagi menyertai anugerah ini seperti maklumat yang dilampirkan dalam Poster Anugerah MAHEPA. Permohonanan melalui SMP hanya kepada pelajar berstatus aktif dalam pengajian sahaja. Bagi pelajar yang telah tamat pengajian boleh memohon dalam link ini: https://forms.office.com/r/cseqyfAsqz

 

Kerjasama dan perhatian dalam perkara ini amat dihargai dan didahului dengan ucapan terima kasih.

 

Sekian.

 

Jawatankuasa Pencalonan MAHEPA 2023

Jabatan Hal Ehwal Pelajar

IKUTI KAMI @

CAPAIAN PANTAS

  •  Direktori Kakitangan
  • Direktori Kepakaran
  • Portal Kakitangan
  •  Portal Pelajar
  •  SmartUMS
  •  E-Respon
  •  VirtualTour@UMS
  •  UMS Institutional Repository
  •  Tempahan Ruang

PAUTAN LAIN

  •  Peta UMS
  • Data Terbuka
  • Portal Kerajaan Negeri Sabah
  • Kementerian Pengajian Tinggi (KPT)
  • MAMPU
  • Portal Kerajaan Malaysia (MyGov)
  • UMS Investment Holdings Sdn. Bhd.