Makluman Pembukaan Bidaan Nombor Kenderaan Khas Kategori Prima

 

Pengumuman Daripada: Pusat Pelaburan, Endowmen Dan Wakaf (CIEW)

 

 

السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ

Salam Sejahtera & Salam Perpaduan,

YBhg. Datuk/Prof/ Prof. Madya/ Dr./Tuan/ Puan,

Sukacita dimaklumkan bahawa bidaan bagi penjualan nombor pendaftaran kenderaan Khas UMS "kategori prima" akan mula dibuka pada bulan April 2023Nombor-nombor tersebut terdiri daripada UMS 2, UMS 3, UMS 4, UMS 5, UMS 7 dan UMS 8. Setiap bulan, bidaan nombor "kategori prima" hanya dibuka untuk seunit nombor sahaja dan perlu melalui proses bidaan seperti yang ditetapkan melalui website UMSeBID (https://umsebid.ums.edu.my/). Bidaan yang dibuka pada bulan April adalah UMS 4 iaitu bermula pada 26 April sehingga 30 April.
 
Sebarang pertanyaan lanjut boleh hubungi khidmat pelanggan kami di talian 088-320000 samb. 202302.
 
Sekian, Terima Kasih.