Pengumuman Tarikh Gaji Bulan April 2023 Bagi Universiti Malaysia Sabah

 

Pengumuman Daripada: Jabatan Bendahari

 

YBhg. Datuk/Datin/YBrs. Prof./Prof. Madya/Dr./Tuan/Puan,

Selaras dengan surat daripada Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam bertarikh 10 April 2023 [JPA.800-3/2/4(27)] berhubung Perubahan Tarikh Bayaran Bantuan Khas Kewangan Aidilfitri Tahun 2023 Kepada Pegawai Perkhidmatan Awam Dan Pesara Kerajaan, Kerajaan telah bersetuju untuk membuat perubahan ke atas tarikh pembayaran BKKA Tahun 2023 kepada Pegawai Perkhidmatan Awam Dan Pesara Kerajaan daripada 17 April 2023 kepada 14 April 2023.

Kenyataan media YAB Perdana Menteri pada 10 April 2023 turut menyatakan Kerajaan memutuskan bayaran BKKA kepada penjawat awam Gred 56 dan ke bawah, termasuk pegawai/ kakitangan lantikan kontrak, akan dibuat bersama dengan bayaran emolumen bulan April dan diawalkan ke 14 April 2023 daripada 17 April 2023.

Sehubungan itu, Jawatankuasa Pengurusan Universiti (JPU) Bil. 5/2023 pada 13 April 2023 telah bersetuju dan meluluskan pembayaran gaji bulan April 2023 dibayar pada 14 April 2023 (Jumaat) bagi membantu meringankan beban kewangan kakitangan UMS dalam membuat persediaan menyambut perayaan Hari raya Aidilfitri yang tidak lama lagi.

Sekian, terima kasih.

 

“MALAYSIA MADANI”

“BERKHIDMAT UNTUK NEGARA”

 

Sektor Perkhidmatan Kakitangan

Bahagian Bayaran Pembekal dan Kakitangan

Jabatan Bendahari

13 April 2023