Program Minggu Pelaburan 2023

 

Pengumuman Daripada: Fakulti Perniagaan, Ekonomi dan Perakaunan

 

 

Kelab Pengurusan Kewangan dan Perbankan Fakulti Perniagaan, Ekonomi dan Perakaunan (FPEP), Universiti Malaysia Sabah akan mengadakan program Minggu Pelaburan 2023 di Dewan Auditorium Pascasiswazah UMS, pada 17 Mei 2023 hingga 19 Mei 2023.

Penganjuran program ini bertujuan untuk memberi pendedahan mengenai perancangan kewangan yang bijak, disamping mempraktikkan ilmu pengurusan kewangan dalam kehidupan seharian. Selain itu, program ini juga bertujuan memberi pendedahan mengenai teknik membuat pelaburan dengan efektif dan selamat.

Antara aktiviti menarik yang bakal dianjurkan adalah sesi Wacana Ilmu daripada beberapa pemain industri jemputan, antaranya Pelaburan Hartanah Berhad (PHB), RHB Bank Berhad, Syarikat Mega Jupsel Sdn. Bhd. serta Yayasan Peneraju.

Selain itu, beberapa tapak pameran daripada beberapa syarikat kewangan akan turut dibuka, serta pertandingan Simulasi Saham yang menawarkan pengalaman sebenar kepada peserta untuk melabur di pasaran saham.

Warga UMS serta orang awam dijemput hadir bagi menyertai serta memeriahkan pelbagai acara menarik yang telah dirancang.

Untuk maklumat lanjut mengenai program Minggu Pelaburan 2023, hubungi Ashira Salim di talian 011-51189625.

IKUTI KAMI @

CAPAIAN PANTAS

  •  Direktori Kakitangan
  • Direktori Kepakaran
  • Portal Kakitangan
  •  Portal Pelajar
  •  SmartUMS
  •  E-Respon
  •  VirtualTour@UMS
  •  UMS Institutional Repository
  •  Tempahan Ruang

PAUTAN LAIN

  •  Peta UMS
  • Data Terbuka
  • Portal Kerajaan Negeri Sabah
  • Kementerian Pengajian Tinggi (KPT)
  • MAMPU
  • Portal Kerajaan Malaysia (MyGov)
  • UMS Investment Holdings Sdn. Bhd.