Pemakluman Permohonan Dibuka Bagi APEC - Australia Women In Research Fellowship 2023

 

Pengumuman Daripada: Pusat Komunikasi Korporat

 

 

Assalamualaikum wbt dan Salam Sejahtera

YBhg. Datuk Seri / Dato’/ Dr. / Datin / Tuan / Puan,

 

APEC-AUSTRALIA WOMEN IN RESEARCH FELLOWSHIP 2023

 

Dengan segala hormatnya saya merujuk kepada perkara di atas.

 

2.     Sukacita dimaklumkan bahawa program APEC - Australia Women in Research Fellowship 2023 di bawah Kerjasama APEC-Australia kini telah dibuka untuk permohonan. Program ini adalah sebahagian daripada projek Kerjasama APEC yang diketuai Australia untuk memberikan sokongan kepada para penyelidik wanita menjalani program fellowship dalam bidang sains, teknologi, kejuruteraan dan matematik (STEM).

 

3.     Sejumlah maksimum AUD20,000 (setiap orang) bakal diterima oleh 20 penyelidik wanita bagi menyertai program fellowship ini dengan institusi pendidikan Australia yang melibatkan tempoh masa sekitar satu (1) hingga tiga (3) bulan. Program fellowship ini diadakan untuk memberikan peluang bagi membangunkan kerjasama dengan pakar-pakar di Australia dan direkabentuk supaya calon-calon yang mengikuti program ini dapat menerima manfaat berupa akses kemudahan bertaraf dunia serta peluang untuk membangunkan jaringan professional dengan penyelidik ternama.

 

4.     Tawaran ini terbuka kepada penyelidik wanita yang merupakan warganegara atau penduduk tetap sembilan (9) negara ekonomi ODA APEC iaitu Malaysia, China, Indonesia, Mexico, Papua New Guinea, Peru, Filipina, Thailand dan Vietnam. Calon-calon yang berminat mestilah mempunyai Ijazah Kedoktoran (PhD) yang dianugerahkan sebelum 1 Mei 2023. Maklumat lanjut bagi program ini boleh diperolehi melalui laman https://www.apec.org.au/apec-australia-women-in-research dan permohonan perlu dikemukakan selewatnya pada 12.00 tengah malam, 16 Julai 2023.

 

5.     Sehubungan itu sukacita dimohon kerjasama pihak YBhg. Datuk Seri/ Dato’/ Dr./ Datin/ Tuan/ Puan untuk menyampaikan maklumat berkenaan program ini bagi membolehkan calon yang berkelayakan memohon dan seterusnya mendapatkan peluang penajaan di bawah program ini.

 

Sekian, terima kasih.

 

"MALAYSIA MADANI" 

“BERKHIDMAT UNTUK NEGARA”

 

Bahagian Hubungan Antarabangsa

Kementerian Pendidikan Tinggi

 

IKUTI KAMI @

CAPAIAN PANTAS

  •  Direktori Kakitangan
  • Direktori Kepakaran
  • Portal Kakitangan
  •  Portal Pelajar
  •  SmartUMS
  •  E-Respon
  •  VirtualTour@UMS
  •  UMS Institutional Repository
  •  Tempahan Ruang

PAUTAN LAIN

  •  Peta UMS
  • Data Terbuka
  • Portal Kerajaan Negeri Sabah
  • Kementerian Pengajian Tinggi (KPT)
  • MAMPU
  • Portal Kerajaan Malaysia (MyGov)
  • UMS Investment Holdings Sdn. Bhd.