Tawaran Mengikuti Research Fellowship Program 2023 - Acid Deposition Monitoring Network In East Asia Di Asia Center For Air Pollution Research , Niigata, Jepun

 

Pengumuman Daripada: Pusat Komunikasi Korporat

 

Assalamualaikum WBT dan Salam Sejahtera,

 

YBhg. Tan Sri/ Datuk Seri/ Dato' Seri/ Datuk/ Dato'/ Tuan/ Puan,

 

TAWARAN MENGIKUTI RESEARCH FELLOWSHIP PROGRAM 2023 - ACID DEPOSITION MONITORING NETWORK IN EAST ASIA (EANET) DI ASIA CENTER FOR AIR POLLUTION RESEARCH (ACAP), NIIGATA, JEPUN

 

Dengan hormatnya saya diarah merujuk kepada perkara di atas.

 

2.        Untuk makluman puan/tuanAcid Deposition Monitoring Network in East Asia (EANET) merupakan satu jaringan kerjasama antara kerajaan (inter-governmental network) negara-negara ahli dalam memantau pemendapan berasid di Asia Timur selaras dengan inisiatif Kerajaan Jepun serta pandangan beberapa mesyuarat pakar mengenai isu pemendapan berasid di rantau Asia Timur sejak tahun 1993. Malaysia merupakan antara 13 buah negara ahli kepada EANET iaitu Kemboja, Republik Rakyat China, Filipina, Indonesia, Jepun, Lao PDR, Mongolia, Myanmar, Republik Korea, Rusia, Thailand dan Vietnam. Penyertaan Malaysia dalam program dan aktiviti EANET telah memberi pelbagai manfaat kepada pegawai-pegawai teknikal, penyelidik dan penggubal dasar antaranya berkaitan perkongsian data-data mengenai pemendapan berasid, pertukaran teknologi, bantuan pakar penyelidik pemendapan berasid dan pembangunan keupayaan (capacity building).

 

3.   Kementerian Sumber Asli, Alam Sekitar dan Perubahan Iklim selaku National Focal Point (NFP) bagi EANET di Malaysia telah menerima pelawaan daripada Asia Center for Air Pollution Research Center (ACAP) bagi pencalonan mengikuti Research Fellowship Program 2023. Semua pencalonan dari negara-negara ahli akan dipertimbangkan secara terperinci berdasarkan tema dan fokus kajian bagi pemilihan tiga (3) calon akhir untuk melaksanakan penyelidikan di ACAP, Niigata, Jepun selama 8 minggu dalam tempoh Ogos hingga Disember 2023.

  

4.     Sehubungan itu, Kementerian ini memohon kerjasama pihak puan/tuan untuk memanjangkan tawaran ini kepada para penyelidik/ pensyarah di institusi pendidikan tinggi yang berkaitan. Setiap permohonan hendaklah mengemukakan Borang Permohonan (Annex 1) ke alamat e-mel Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya. selewat-lewatnya pada 12 Julai 2023 (Rabu). Projek penyelidikan yang dicadangkan hendaklah berkaitan dengan mana - mana topik yang telah disenaraikan dalam Annex 2. Sebarang pertanyaan lanjut, pihak puan/tuan boleh menghubungi penyelaras seperti berikut:

 

(i)          Puan Mazrini binti Mohmad

        E-mel: Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya.  | Tel: 03-8091 7048 / 016-233 5559

 

(ii)        Puan Zafirah binti Mohamad Nor

        E-mel: Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya.  | Tel: 03-8091 7065 / 017-637 6879

 

5.  Kerjasama dan perhatian pihak puan/tuan dalam perkara ini amatlah dihargai dan didahului dengan ucapan terima kasih.

 

Sekian.

 

“MALAYSIA MADANI”

BERKHIDMAT UNTUK NEGARA

 

Saya yang menjalankan amanah,

ZAFIRAH BINTI MOHAMAD NOR

Bahagian Pengurusan Alam Sekitar

Kementerian Sumber Asli, Alam Sekitar dan Perubahan Iklim

*Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya. |(03-80917065

IKUTI KAMI @

CAPAIAN PANTAS

  •  Direktori Kakitangan
  • Direktori Kepakaran
  • Portal Kakitangan
  •  Portal Pelajar
  •  SmartUMS
  •  E-Respon
  •  VirtualTour@UMS
  •  UMS Institutional Repository
  •  Tempahan Ruang

PAUTAN LAIN

  •  Peta UMS
  • Data Terbuka
  • Portal Kerajaan Negeri Sabah
  • Kementerian Pengajian Tinggi (KPT)
  • MAMPU
  • Portal Kerajaan Malaysia (MyGov)
  • UMS Investment Holdings Sdn. Bhd.