Hebahan Sembilan Instrumen Teras Hak Asasi Manusia, Konvensyen Berkaitan Dengan Status Pelarian Serta Statut Rom Yang Diterjemahkan Ke Bahasa Melayu

 

Pengumuman Daripada: Pusat Komunikasi Korporat 

 

Assalamualaikum WBT dan Salam Sejahtera,

 

YBhg. Datuk/ Dato’ Seri/ Dato’/ Datin/ YBrs. Prof./ Dr./ Tuan/ Puan,

 

HEBAHAN SEMBILAN INSTRUMEN TERAS HAK ASASI MANUSIA, KONVENSYEN BERKAITAN DENGAN STATUS PELARIAN SERTA STATUT ROM YANG DITERJEMAHKAN KE BAHASA MELAYU

 

Dengan hormatnya saya merujuk kepada perkara di atas.

 

2.     Untuk makluman pihak YBhg. Datuk/ Dato’ Seri/ Dato’/ Datin/ YBrs. Prof./ Dr./ Tuan/ Puan, pada tahun 2020 Kementerian Luar Negeri (KLN) Malaysia telah bekerjasama dengan Pejabat Pesuruhjaya Tinggi bagi Hak Asasi Manusia (Office of the High Commissioner of Human Rights - OHCHR) untuk menterjemahkan sembilan (9) Instrumen Teras Hak Asasi Manusia, Konvensyen Berkaitan dengan Status Pelarian, dan Statut Rom ke dalam Bahasa Melayu. Inisiatif ini adalah selaras dengan objektif yang disasarkan iaitu untuk meningkatkan kesedaran semua pihak yang berkepentingan dan masyarakat Malaysia mengenai obligasi negara sekiranya Malaysia bersetuju untuk menyertai dan meratifikasi triti-triti berkenaan.

 

3.     Sehubungan itu, dikemukakan bersama-sama ini dokumen-dokumen terjemahan atau muat turun dari pautan ini ( https://www.mohe.gov.my/muat-turun/penerbitan-jurnal-dan-laporan/instrumen-hak-asasi-manusia-diterjemah ) bagi triti yang berkenaan untuk dimuatnaik ke laman web rasmi Jabatan/ Agensi di bawah Kementerian ini serta Universiti-Universiti Awam/ Politeknik supaya ianya dapat disebarluaskan dengan memuat naik di laman web rasmi masing-masing. 

 

4.     Segala kerjasama dan perhatian baik pihak YBhg. Datuk/ Dato’ Seri/ Dato’/ Datin/ YBrs. Prof./ Dr./ Tuan/ Puan, mengenai perkara ini amat dihargai dan didahului dengan ucapan terima kasih.

 

Sekian.

 

“MALAYSIA MADANI”

“BERKHIDMAT UNTUK NEGARA”

 

Unit Komunikasi Korporat

Kementerian Pendidikan Tinggi

 

 

 

IKUTI KAMI @

CAPAIAN PANTAS

  •  Direktori Kakitangan
  • Direktori Kepakaran
  • Portal Kakitangan
  •  Portal Pelajar
  •  SmartUMS
  •  E-Respon
  •  VirtualTour@UMS
  •  UMS Institutional Repository
  •  Tempahan Ruang

PAUTAN LAIN

  •  Peta UMS
  • Data Terbuka
  • Portal Kerajaan Negeri Sabah
  • Kementerian Pengajian Tinggi (KPT)
  • MAMPU
  • Portal Kerajaan Malaysia (MyGov)
  • UMS Investment Holdings Sdn. Bhd.