Inisiatif UMS Welfare Box 1.0

 

Pengumuman Daripada: Kelab Ekonomi Perancangan dan Pembangunan Sesi 2022/2023

 

Assalamualaikum W.B.T., Salam Sejahtera, Salam UMS Prihatin, Mahasiswa Sejahtera dan Salam UMS Kampus Rahmah.

 

Sukacita dimaklumkan bahawa kami daripada barisan Kelab Ekonomi Perancangan dan Pembangunan (EPDEC) akan mengadakan INISIATIF UMS WELFARE BOX 1.0 pada ketetapan berikut:

 

Tarikh: 28 Julai 2023

Masa: 9.00 Pagi - 2.00 Petang

Tempat: Foyer Fakulti Perniagaan, Ekonomi dan Perakaunan.

 

Welfare Box 1.0 adalah merupakan satu inisiatif yang akan diadakan bertujuan untuk mengumpulkan barang-barang terpakai yang masih berfungsi dengan baik untuk dijual semula kepada para pelajar UMS dengan harga yang jauh lebih murah. Perkara ini dapat membantu para pelajar UMS untuk memenuhi barang keperluan harian mereka tanpa mengeluarkan kos yang lebih tinggi.

 

Oleh itu, kami daripada barisan Ahli Jawatankuasa Pelaksana Inisiatif UMS Welfare Box 1.0 mengalu-alukan semua warga UMS yang berminat untuk menyumbang kepada inisiatif ini untuk hadir pada tarikh dan masa yang ditetapkan dan bawa bersama barang-barang yang ingin disumbangkan.

 

 

Sebarang pertanyaan boleh berhubung dengan:

 

Siti Nur Akmal (Pengarah Inisiatif): 010-9244507

 

Segala sumbangan dan niat ikhlas anda kami dahului dengan ucapan ribuan terima kasih.

 

 

Yang Ikhlas,

Ahli Jawatankuasa Pelaksana,

Inisiatif UMS Welfare Box 1.0,

Kelab Ekonomi Perancangan dan Pembangunan Sesi 2022/2023,

Fakulti Perniagaan, Ekonomi dan Perakaunan, 

Universiti Malaysia Sabah.

 

IKUTI KAMI @

CAPAIAN PANTAS

  •  Direktori Kakitangan
  • Direktori Kepakaran
  • Portal Kakitangan
  •  Portal Pelajar
  •  SmartUMS
  •  E-Respon
  •  VirtualTour@UMS
  •  UMS Institutional Repository
  •  Tempahan Ruang

PAUTAN LAIN

  •  Peta UMS
  • Data Terbuka
  • Portal Kerajaan Negeri Sabah
  • Kementerian Pengajian Tinggi (KPT)
  • MAMPU
  • Portal Kerajaan Malaysia (MyGov)
  • UMS Investment Holdings Sdn. Bhd.