Program Keusahawanan Sosial Belia: Social Entrepreneurship for Rural Youth (SERY)

 

Pengumuman Daripada: Pusat Kerjaya dan Pembangunan Keusahawanan Pelajar UMS

 

SERY kembali lagi! Jom sertai SERY! 🔥⚡️ Daftar sebelum 31 Julai 2023 (sebelum 5pm)
 
Pernah tak anda terfikir yang idea anda boleh menyelesaikan isu sosial dan memberi impak ekonomi kepada komuniti luar bandar? ✌🏻
Adakah anda tahu idea dan keprihatinan anda boleh menjadi perniagaan? 🤔
Dalam kata mudah, hasil dari idea dan inovasi  yang berjaya dikembangkan akan menyelesaikan isu-isu berkaitan  komuniti dan persekitaran! 🌳🌎
 
Sertai kami dan kami bantu anda untuk:
✅ Memberi impak sosioekonomi
✅ Menyelesaikan masalah sosial
✅ Menyediakan peluang pekerjaan
✅ Membantu persekitaran
 
 📩 Ayuh Sertai Program Keusahawanan Sosial Belia: Social Entrepreneurship for Rural Youth (SERY) yang dianjurkan oleh Jabatan Belia dan Sukan Negara, KBS 🏁
📚Program berbentuk latihan berstruktur ini bertujuan membangunkan potensi belia dalam bidang keusahawanan sosial, dengan fokus untuk mengupayakan belia menyumbang kepada pembangunan sosioekonomi dan komuniti luar bandar.
 
Syarat penyertaan:

1. Pertandingan ini terbuka kepada semua belia warganagera.

2. Kategori usia: 18-30 tahun (Pelajar IPT/Orang Awam);

3. Idea keusahawanan sosial anda haruslah tergolong dalam salah satu kategori di bawah:

    a. Pembangunan Komuniti,
    b. Alam Sekitar

4. Setiap kumpulan dikehendaki mencadangkan satu idea keusahawanan sosial yang boleh menangani masalah sosial;

5. Penyertaan berkumpulan (minimum 3 orang dan maksimum 5 orang)

6. Tarikh tutup penyertaan adalah pada 31 Julai 2023 (sebelum 5pm).

📲 Untuk maklumat lanjut, layari bit.ly/SERY2023 atau emel Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya.
 
Belia Sejahtera, JBSN Bersama 💪🏽
 
#TeamKBS
#TeamJBSN
#JBSNBersama
#MalaysiaMADANI
#SERY2023
#pkpkpUMS #UniversitiMalaysiaSabah #UMS
#keusahawanansosial
 

IKUTI KAMI @

CAPAIAN PANTAS

  •  Direktori Kakitangan
  • Direktori Kepakaran
  • Portal Kakitangan
  •  Portal Pelajar
  •  SmartUMS
  •  E-Respon
  •  VirtualTour@UMS
  •  UMS Institutional Repository
  •  Tempahan Ruang

PAUTAN LAIN

  •  Peta UMS
  • Data Terbuka
  • Portal Kerajaan Negeri Sabah
  • Kementerian Pengajian Tinggi (KPT)
  • MAMPU
  • Portal Kerajaan Malaysia (MyGov)
  • UMS Investment Holdings Sdn. Bhd.