Pengumuman Daripada: Hospital UMS
Assalamualaikum / Salam Sejahtera,
Berita baik! Sempena bulan Kesedaran Imunisasi Kebangsaan, HUMS akan mengadakan promosi diskaun untuk semua vaksin sepanjang bulan Ogos (1-31 Ogos 2023). Potongan harga dari 5% hingga 20% bagi sebanyak 14 jenis vaksin, jadi rebutlah peluang ini untuk mendapatkan perlindungan terbaik bagi anda dan yang tersayang.
*Tertakluk kepada stok yang sedia ada.