Kerja-kerja Penyelenggaraan Kolam Tadahan Utama di Fakulti Sains dan Sumber Alam

 

Pengumuman Daripada: Jabatan Pembangunan dan Penyelenggaraan 

 

Adalah dimaklumkan bahawa pihak syarikat yang dilantik oleh Jabatan Pengairan dan Saliran Sabah akan menjalankan kerja penyelenggaraan Kolam Tadahan Utama di Fakulti Sains dan Sumber Alam.

Bagi menjamin keselamatan dan melancarkan kerja-kerja penyelenggaraan, sebarang aktiviti riadah, P&P dan penyelidikan di kawasan tersebut adalah tidak digalakkan sepanjang tempoh tersebut

 

Sekian dan harap maklum. 

 

Tarikh Mula: 1 September 2023 

Tarikh Siap: 30 September 2023