Pengumuman Daripada : Jabatan Pembangunan Dan Penyelenggaraan
Adalah dimaklumkan bahawa pihak JPP masih melakukan kerja-kerja mengecat semula pintu gerbang di pintu masuk utama. Kerja-kerja yang terlibat adalah pemasangan perancah, kerja membersih dinding dan kubah serta kerja mengecat kemasan. Pintu gerbang akan ditutup separuh untuk melancarkan kerja.
Justeru itu, dipohon semua warga universiti untuk berhati-hati, memperlahankan kenderaan dan mematuhi peraturan lalulintas.
Sekian dan harap maklum.
Tarikh Mula : 1 September 2023
Tarikh Dijangka Siap : 30 September 2023