Pameran Khas Datu Ruslan Sulai di Galeri Azman Hashim UMS

 

Pengumuman Daripada: Galeri Azman Hashim UMS

 

Dilahirkan pada 3 Januari 1965, Datu Ruslan Sulai mula memupuk semangat cintakan seni sejak zaman persekolahan. Walaupun beliau tidak pernah mendapat pengajian seni yang formal dan tidak mempunyai latar belakang akademik dalam bidang ini. Sebaliknya, beliau rajin berusaha mempelajari untuk menghasilkan sebuah karya melalui rakan-rakan pelukis yang lain dan berani menterjemahkan idea yang terlintas. 
 
Biasanya bahan yang digunakannya adalah warna air dan pen. Kemudian, beliau secara perlahan-lahan mengorak langkah dengan menghasilkan karya di atas kanvas dengan hanya menggunakan media basah iaitu akrilik sahaja. akrilik menjadi pilihan utama kerana lebih murah berbanding cat minyak. 
 
Berdasarkan pemerhatian menunjukkan bahawa setiap karyanya lebih menonjol dengan gaya abstrak dan Impresionisme. Karyanya lebih cenderung ke arah gaya Semi-Abstrak yang dikombinasikan dengan kefahaman warisan budaya dan tradisi tempatan beliau sejak sekian lama.
 
JOM DATANG BERAMAI-RAMAI KE:
 
PAMERAN KHAS DATU RUSLAN SULAI🎨
 
Tarikh : 16 Oktober -16 November 2023
Masa : 9.00 pagi - 12.30 T/hari; 2.00 Petang - 4.00 Petang
Tempat : Bilik Pameran Magavol & Kaamatan, Galeri Azman Hashim UMS
 
PAMERAN INI MEMBERIKAN PELUANG KEPADA SEMUA UNTUK MENGENALI & MELIHAT HASIL KARYA DATU RUSLAN SULAI SEPANJANG PAMERAN INI LEBIH 54 KARYA TERBAIK BELIAU DIPAMERKAN, DAN ANDA JUGA BERPELUANG UNTUK MEMBELI HASIL KARYA BELIAU.
 
KAMI MENANTIKAN KEDATANGAN ANDA😊

 

IKUTI KAMI @

CAPAIAN PANTAS

  •  Direktori Kakitangan
  • Direktori Kepakaran
  • Portal Kakitangan
  •  Portal Pelajar
  •  SmartUMS
  •  E-Respon
  •  VirtualTour@UMS
  •  UMS Institutional Repository
  •  Tempahan Ruang

PAUTAN LAIN

  •  Peta UMS
  • Data Terbuka
  • Portal Kerajaan Negeri Sabah
  • Kementerian Pengajian Tinggi (KPT)
  • MAMPU
  • Portal Kerajaan Malaysia (MyGov)
  • UMS Investment Holdings Sdn. Bhd.