Pengumuman Tarikh Akhir Penghantaran Maklumat Penggajian dan Tuntutan Elaun Lebih Masa Bagi Kakitangan Universiti Malaysia Sabah

 

Pengumuman Daripada: Sektor Perkhidmatan Kakitangan, Jabatan Bendahari

 

PENGUMUMAN TARIKH AKHIR PENGHANTARAN MAKLUMAT PENGGAJIAN DAN TUNTUTAN ELAUN LEBIH MASA BAGI KAKITANGAN UNIVERSITI MALAYSIA SABAH 

   

YBhg. Datuk /Datin /YBrs. Prof. /Prof. Madya /Dr. /Tuan /Puan, 

 

Adalah dimohon agar maklumat penggajian dan tuntutan elaun lebih masa kakitangan UMS bagi bulan Disember 2023 yang lengkap dikemukakan sebelum atau selewat-lewatnya pada 05 Januari 2024, Jumaat bagi membolehkan elaun tersebut dibayar bersama-sama gaji bulan Januari 2024.

 

Dokumen tuntutan elaun lebih masa hendaklah dihantar ke Jabatan Bendahari seperti berikut:

 

SEKTOR/ BAHAGIAN

PUSAT TANGGUNGJAWAB (PTJ)

Sektor Kewangan KAL (Kampus Cawangan), Jabatan Bendahari

·     Fakulti Komputeran Dan Infomatik

·     Fakulti Kewangan Antarabangsa

·     UMS Kampus Antarabangsa Labuan (UMSKAL)

Bahagian Kewangan, Penyelidikan & Inovasi

·      Pusat Pengurusan Penyelidikan (PPP)

·      Pusat Pengurusan Inovasi Dan Pengkomersialan (PPIP)

·      Pusat Instrumentasi Dan Perkhidmatan Sains (PIPS)

Bahagian Bayaran Pembekal & Kakitangan

     PTJ selain yang dinyatakan di atas.

 

Sehubungan itu, tuntutan elaun lebih masa yang lewat diterima daripada tarikh yang ditetapkan akan dibayar bersama-sama gaji bulan berikutnya.

  

Sekian, terima kasih. 

 

“MALAYSIA MADANI” 

 

“BERKHIDMAT UNTUK NEGARA” 

 

Sektor Perkhidmatan Kakitangan 

Bahagian Bayaran Pembekal dan Kakitangan 

Jabatan Bendahari 

02 Januari 2024