Pengumuman Daripada: Pusat Pelaburan, Endowmen dan Wakaf
Assalamualaikum,
Untuk makluman, Rawja Archery merangka sebuah acara CABARAN PEMANAH ULUNG BORNEO 2024 yang akan berlangsung pada 1-2 Jun 2024 di Arena Memanah Tradisional UMS, Pantai UMS. Gerak kerja pelaksanaan sedang diperincikan. Tujuan hebahan awal ini supaya tiada acara memanah lain yang akan dibuat pada tarikh tersebut dan pemanah-pemanah dari Semenanjung dapat merancang untuk pembelian awal tiket penerbangan. Mohon dimajukan untuk hebahan warga UMS dengan harapan ada warga UMS yang turut serta mengambil bahagian dalam acara julung kali diadakan ini.
Bersama ini dimajukan flyers terkini 2024 untuk aktiviti di Arena Memanah Tradisional UMS, Pantai UMS. Mohon hebahan kepada seluruh warga UMS untuk mengambil manfaat pada aktiviti-aktiviti yang diaturkan di Arena Memanah Tradisional UMS untuk 2024. Semoga bermanfaat. Insya-Allah.
Sekian, terima kasih.