Penghantaran Laporan Pemantauan Bagi Program/Projek Penyelidikan Di Bawah Dana Penyelidikan Kementerian Pendidikan Tinggi Bilangan 1 Tahun 2024

 

Pengumuman Daripada: Pusat Pengurusan Penyelidikan

 

 

Penghantaran Laporan Pemantauan Bilangan 1 Tahun 2024  telah dilaksanakan mulai 1 Februari 2024 dan akan berakhir pada 29 Februari 2024. Ketua Program/Projek hendaklah mengemukakan laporan prestasi dan kewangan (data pencapaian sehingga 31 Disember 2023) melalui sistem MyGRANTS dalam tempoh tersebut. Pemantauan Laporan Prestasi program/projek penyelidikan Bil. 1/2024 merangkumi skim geran  penyelidikan seperti berikut : 
 
  1. Skim Geran Penyelidikan Fundamental (FRGS) Fasa 1/2019 sehingga Fasa 1/2022
  2. Skim Geran Penyelidikan Pembangunan Prototaip (PRGS) Fasa 1/2021 sehingga Fasa 1/2022
 
Adalah diingatkan bahawa Ketu Program/Projek yang tidak melengkapkan laporan akhir dalam sistem MyGRANTS tidak dibenarkan  untuk memohon  mana-mana geran penyelidikan DP KPT sebagai Ketua Program/Projek atau Penyelidik Bersama sepertimana yang dinyatakan dalam Dokumen Tadbir Urus DP KPT.