Kerja-kerja Pemangkasan Kanopi dan Penjarangan Pokok di Jalan Banjaran, Universiti Malaysia Sabah

 

Pengumuman Daripada : Jabatan Pembangunan dan Penyelenggaraan

 

Adalah dimaklumkan bahawa pihak syarikat yang dilantik oleh Jabatan Pembangunan dan Penyelenggaraan (Dynamics Engineering Supplies) akan menjalankan kerja-kerja pemangkasan kanopi dan penjarangan pokok di Jalan Banjaran (Dari Simpang Kompleks Sukan Ke Simpang Jalan Perubatan).

Sebahagian jalanraya akan ditutup bagi memberi ruang bagi kerja-kerja penyelenggaraan dijalankan.

Bagi menjamin keselamatan dan melancarkan kerja-kerja penyelenggaraan, sebarang aktiviti riadah, P&P dan penyelidikan di kawasan tersebut adalah tidak digalakkan sepanjang tempoh tersebut.

Semua pengguna jalanraya di kawasan yang terlibat, dimohon untuk mematuhi arahan dan papan tanda keselamatan bagi mengelakkan sebarang kejadian tidak diingini.

Sekian dan harap maklum.

 

TARIKH MULA           : 19 FEBRUARI 2024

TARIKH SIAP             : 11 MAC 2024 

 

Lokasi yang berlorek merah adalah yang terlibat dengan kerja-kerja penyelenggaraan.

 

 

IKUTI KAMI @

CAPAIAN PANTAS

  •  Direktori Kakitangan
  • Direktori Kepakaran
  • Portal Kakitangan
  •  Portal Pelajar
  •  SmartUMS
  •  E-Respon
  •  VirtualTour@UMS
  •  UMS Institutional Repository
  •  Tempahan Ruang

PAUTAN LAIN

  •  Peta UMS
  • Data Terbuka
  • Portal Kerajaan Negeri Sabah
  • Kementerian Pengajian Tinggi (KPT)
  • MAMPU
  • Portal Kerajaan Malaysia (MyGov)
  • UMS Investment Holdings Sdn. Bhd.