Pengumuman Daripada: Pusat Pengurusan Penyelidikan
Assalamualaikum & salam sejahtera
YBhg. Datuk / Prof, / Prof. Madya / Dr. / Tuan / Puan,
Dengan sukacitanya kami ingin memaklumkan bahawa proses cara kerja permohonan penarafan entiti penyelidikan (termasuklah living lab) bagi UMS telah diluluskan.
Oleh itu, bagi pihak YBrs, Prof. Pengarah PPP, kami ingin memaklumkan berkenaan Takwim Penarafan Entiti Penyelidikan UMS bagi tahun 2024.
Disertakan tarikh-tarikh penting untuk pemakluman:
Permohonan oleh FAPI: 1-31 Mei 2024
Saringan Permohonan: 1-15 Jun 2024
Audit Pembuktian Permohonan: 1 - 26 Julai 2024
Mesyuarat Jawatankuasa Penarafan Entiti Penyelidikan (JKPEP) Bil/2024: 30 Julai 2024
Pelaporan JKPEP kepada Jawatankuasa Penyelidikan & Inovasi UMS: Ogos/September 2024
Dimohon jasa baik Dekan/Pengarah/TDPI/TPPI untuk mewarwarkan tentang permohonan penarafan entiti penyelidikan kepada FAPI masing-masing.
Disertakan dokumen berikut sebagai rujukan:
Garis Panduan Penubuhan dan Pengurusan Entiti Penyelidikan UMS
Garis Panduan Penubuhan dan Pengurusan Living Lab UMS sebagai rujukan.
Carta Alir Permohonan setiap entiti penyelidikan
Template Kertas Kerja Permohonan setiap entiti penyelidikan
Semua permohonan hendaklah diemel kepada Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya. (emel rasmi kerja bagi Bahagian Pengurusan Strategik & Kecemerlangan Penyelidikan PPP) dan disalinkan kepada YBrs. Prof. Pengarah PPP sebagai pemakluman.
Untuk sebarang persoalan atau isu, boleh berhubung terus dengan Pegawai Penyelidik dari Bahagian Pengurusan Strategik & Kecemerlangan Penyelidikan PPP, En. Mohd. Aminur Faiz bin Suis di talian 0195372210.
Sekian, terima kasih