Persidangan Pembangunan Orang Asal Borneo 2024

 

Pengumuman Daripada: Institut Kajian Orang Asal Borneo (BorIIS)

 

PERSIDANGAN PEMBANGUNAN ORANG ASAL BORNEO 2024 
BORNEO INDIGENOUS PEOPLES' DEVELOPMENT CONFERENCE 2024
 
Sukacita Institut Kajian Orang Asal Borneo (BorIIS) akan menganjurkan Persidangan Pembangunan Orang Asal Borneo 2024 di Universiti Malaysia Sabah. Persidangan ini adalah platform multidisiplin yang membahas perkembangan terkini dan isu-isu penting yang dihadapi oleh masyarakat Orang Asal/Asli dari pelbagai segi termasuk sosioekonomi, budaya, bahasa, sejarah, dinamika sosiopolitik, dan lain-lain. 
 
📆 23-24 Mei 2024 | 📍 Perpustakaan Universiti Malaysia Sabah, Kota Kinabalu
 
Bertemakan "Ke Arah Masyarakat Madani dan Pembangunan Lestari”, kami mengajak penyertaan sebagai peserta atau sebagai pembentang kertas kerja yang berkaitan dengan tema atau aspek-aspek berikut (tapi tidak terhad kepada):
 
•     Pembangunan Sosioekonomi Orang Asal/Asli
•     Identiti dan Kepelbagaian Budaya
•     Bahasa dan Kesusasteraan Lisan
•     Inisiatif Pemuliharaan Tradisi dan Kearifan Ekologi Tradisional 
•     Undang-Undang dan Adat Orang Asal
•     Pemetaan Komuniti
•     Eko-Pelancongan, Seni Kreatif, Sejarah, dan lain-lain

Pelanjutan Tarikh Pendaftaran & Penghantaran Abstrak 
 
Tarikh Baharu Pendaftaran & Penghantaran Abstrak: Sebelum 14 Apr 2024
Tarikh Baharu Pengumuman Penerimaan: 30 Apr 2024
Tarikh Baharu Penghantaran Kertas Kerja Penuh: 13 Mei 2024
 
Kertas kerja terpilih berpeluang diterbitkan dalam jurnal bertaraf SCOPUS dan MyCite.
💌 Sekretariat: Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya.  

#ppoab2024 #Borneo #UMS #BorIIS

IKUTI KAMI @

CAPAIAN PANTAS

  •  Direktori Kakitangan
  • Direktori Kepakaran
  • Portal Kakitangan
  •  Portal Pelajar
  •  SmartUMS
  •  E-Respon
  •  VirtualTour@UMS
  •  UMS Institutional Repository
  •  Tempahan Ruang

PAUTAN LAIN

  •  Peta UMS
  • Data Terbuka
  • Portal Kerajaan Negeri Sabah
  • Kementerian Pengajian Tinggi (KPT)
  • MAMPU
  • Portal Kerajaan Malaysia (MyGov)
  • UMS Investment Holdings Sdn. Bhd.