Bayaran Zakat KWSP Sejurus Pengeluaran - Satu Alternatif

 

Pengumuman Daripada: Sektor Pendidikan dan Zakat, Pusat Islam UMS

 

Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama Islam Malaysia Kali Ke-74 yang bersidang pada 25 -27 Julai 2006 telah membincangkan Bayaran Zakat Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) Sejurus Pengeluaran - Satu Alternatif. Muzakarah telah memutuskan bahawa:
 
Mazhab Syafie menetapkan bahawa zakat harta wajib dikeluarkan apabila cukup nisab dan tempoh haulnya. Wang KWSP adalah harta simpanan. Wang KWSP apabila dikeluarkan adalah diwajibkan zakat apabila sempurna kedua-dua syarat iaitu cukup nisab dan haul yang ditetapkan. Walau bagaimanapun Jumhur Ulama' berpandangan bahawa zakat harta boleh dikeluarkan lebih awal daripada waktu yang sepatutnya dengan syarat harta tersebut telah mencukupi nisabnya.
 
Berdasarkan pandangan tersebut, Muzakarah memutuskan bahawa Keputusan Jawatankuasa Fatwa Kebangsaan yang bersidang kali Ke-5 pada 16-17 November 1982 dipinda seperti berikut:  
 
"Pencarum KWSP digalakkan mengeluarkan zakat sejurus menerima atau mengeluarkan wang KWSP tersebut jika cukup nisabnya tanpa menunggu haul setahun"
 
SUMBER: KOMPILASI HUKUM DAN FATWA BERKAITAN WAKAF, ZAKAT, HAJI & SUMBER AM, JAWHAR
 
📍 KAUNTER ZAKAT PUSAT ISLAM UMS📍
 
Hari: Setiap Hari Isnin - Jumaat
Masa: 9.00 pagi - 3.00 petang
Tempat: Pusat Islam UMS
 
Sebarang Persoalan @ Perkhidmatan secara atas talian, Sila hubungi:
Puan Noorisah (https://wa.me/60132855378)
Puan Kartini (https://wa.me/60198042698)
Encik Hilmi (https://wa.me/60143919821)
Cik Raisyah (https://wa.me/60168505856)
 
“Ambillah (sebahagian) dari harta mereka menjadi sedekah, supaya dengannya engkau membersihkan mereka (dari dosa) dan mensucikan mereka (dari akhlak yang buruk), dan doakanlah untuk mereka, kerana sesungguhnya doamu itu menjadi ketenteraman bagi mereka, dan (ingatlah) Allah Maha Mendengar Lagi Maha Mengetahui."
 
(At - Taubah 103)
 
#zakatmembawaberkat
#UMSShare

IKUTI KAMI @

CAPAIAN PANTAS

  •  Direktori Kakitangan
  • Direktori Kepakaran
  • Portal Kakitangan
  •  Portal Pelajar
  •  SmartUMS
  •  E-Respon
  •  VirtualTour@UMS
  •  UMS Institutional Repository
  •  Tempahan Ruang

PAUTAN LAIN

  •  Peta UMS
  • Data Terbuka
  • Portal Kerajaan Negeri Sabah
  • Kementerian Pengajian Tinggi (KPT)
  • MAMPU
  • Portal Kerajaan Malaysia (MyGov)
  • UMS Investment Holdings Sdn. Bhd.