Sudahkah Anda Tunaikan Zakat Harta?

 

Pengumuman Daripada: Sektor Pendidikan dan Zakat, Pusat Islam UMS

 

Zakat harta adalah meliputi zakat pendapatan, zakat wang simpanan, zakat perniagaan, zakat saham, zakat ternakan, zakat padi dan zakat emas atau perak yang kurang diberi perhatian dan penekanan dalam menunaikannya. Zakat harta boleh dibayar pada bila-bila masa mengikut syarat kewajipan berzakat iaitu cukup haul (genap setahun) dan cukup nisab (kadar harta yang mewajibkan dibayar zakat padanya). Pengiraan kadar zakat harta ialah 2.577% daripada jumlah harta. Kewajipan membayar zakat adalah bertujuan untuk membersihkan dan menyucikan harta kerana pada dasarnya ada sebahagian hak orang lain dalam harta yang kita miliki. Zakat harta wajib dikeluarkan kerana ia merupakan salah satu rukun Islam dan jihad di jalan Allah SWT. Dalam Surah At-Taubah, ayat ke-88, Allah SWT berfirman:
 
“(Mereka tetap tinggal) tetapi Rasulullah dan orang-orang yang beriman bersamanya, berjihad dengan harta benda dan jiwa mereka dan mereka itulah orang-orang yang mendapat kebaikan dan mereka itulah juga yang berjaya.”
 
.............................................
 
📍 KAUNTER ZAKAT PUSAT ISLAM UMS📍
 
Hari: Setiap Hari Isnin - Jumaat
Masa: 9.00 pagi - 3.00 petang
Tempat: Pusat Islam UMS
 
Sebarang Persoalan @ Perkhidmatan secara atas talian, Sila hubungi:
Puan Noorisah (https://wa.me/60132855378)
Puan Kartini (https://wa.me/60198042698)
Encik Hilmi (https://wa.me/60143919821)
Cik Raisyah (https://wa.me/60168505856)
 
“Seseorang lelaki daripada Bani Tamim telah datang kepada Rasulullah SAW lalu bertanya: “Wahai Rasulullah aku memiliki harta yang banyak juga mempunyai keluarga dan anak-anak. Terangkan kepada ku, bagaimanakah harus membelanjakannya dan apakah yang harus aku buat?”. Jawab Rasulullah SAW: “Engkau keluarkanlah zakat sebahagian daripada hartamu kerana sesungguhnya ia (zakat) adalah penyuci yang menyucikanmu dan engkau menghubungkan silaturrahim kaum kerabatmu.”
 
(HR Ahmad)
 
#zakatmembawaberkat
#UMSshare

IKUTI KAMI @

CAPAIAN PANTAS

  •  Direktori Kakitangan
  • Direktori Kepakaran
  • Portal Kakitangan
  •  Portal Pelajar
  •  SmartUMS
  •  E-Respon
  •  VirtualTour@UMS
  •  UMS Institutional Repository
  •  Tempahan Ruang

PAUTAN LAIN

  •  Peta UMS
  • Data Terbuka
  • Portal Kerajaan Negeri Sabah
  • Kementerian Pengajian Tinggi (KPT)
  • MAMPU
  • Portal Kerajaan Malaysia (MyGov)
  • UMS Investment Holdings Sdn. Bhd.