Jemputan Menyertai Persidangan Kebangsaan Eksplorasi Pendidikan 2024

 

Pengumuman Daripada: Pusat Komunikasi Korporat

 

 

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera,

YBhg. Dato' Seri/Datuk/Dato'/Datin/Prof. Dr./Prof. Madya Dr./Dr./Tuan/Puan/Encik/Cik,
 
 
JEMPUTAN MENYERTAI PERSIDANGAN KEBANGSAAN EKSPLORASI PENDIDIKAN (PKEP) 2024
 
Dengan segala hormatnya, perkara di atas adalah dirujuk.
 
2.        Sukacita dimaklumkan bahawa Pejabat Karang Mengarang akan menganjurkan Persidangan Kebangsaan Eksplorasi Pendidikan (PKEP) 2024 yang bertemakan "Meneraju Pendidikan Menerusi Kecerdasan Buatan" pada 8-10 Oktober 2024 di Hotel Casuarina Meru, Ipoh Perak.
 
3.        Untuk makluman persidangan ini akan diadakan secara fizikal sepanjang tiga (3) hari. Antara topik yang bakal dibincangkan dalam persidangan ini adalah seperti berikut:
  • Trend terkini dalam Pendidikan
  • Reka Bentuk Kurikulum Pendidikan
  • Pendidikan Berasaskan Teknologi
  • Inovasi dalam Pendidikan
  • Revolusi Teknologi Pendidikan dalam Pembentukan Kesejahteraan Masyarakat
  • Etika dalam Pendidikan Berasaskan Kecerdasan Buatan
4.        Sehubungan itu, Sekretariat PKEP 2024 amat berbesar hati mengalu-alukan penyertaan ahli akademik, ahli profesional, penyelidik, pendidik dan pelajar untuk menghantar wakil ke persidangan ini. Kertas kerja persidangan berpeluang diterbitkan dalam jurnal terbitan UPSI yang diindeks oleh Scopus/ESCI/DOAJ/Mycite dan prosiding dengan e-ISSN. Sila layari laman sesawang https://pkep.upsi.edu.my/ untuk akses maklumat-maklumat terkini PKEP 2024. Sebarang pertanyaan, boleh berhubung dengan pihak urus setia persidangan Dr. Laili Farhana binti Md Ibharim (017-554 0815) atau Puan Nor Azura binti Mustafa Bakri (019-877 7973). Sila imbas kod QR pada poster untuk maklumat lanjut.
 
Kerjasama dan perhatian YBhg. Dato' Seri/Datuk/Dato'/Datin/Prof. Dr./Prof. Madya Dr./Dr./Tuan/Puan/Encik/Cik  didahului dengan ucapan jutaan terima kasih.

IKUTI KAMI @

CAPAIAN PANTAS

  •  Direktori Kakitangan
  • Direktori Kepakaran
  • Portal Kakitangan
  •  Portal Pelajar
  •  SmartUMS
  •  E-Respon
  •  VirtualTour@UMS
  •  UMS Institutional Repository
  •  Tempahan Ruang

PAUTAN LAIN

  •  Peta UMS
  • Data Terbuka
  • Portal Kerajaan Negeri Sabah
  • Kementerian Pengajian Tinggi (KPT)
  • MAMPU
  • Portal Kerajaan Malaysia (MyGov)
  • UMS Investment Holdings Sdn. Bhd.