Penghantaran Laporan Pemantauan Bagi Program/Projek Penyelidikan di Bawah Dana Penyelidikan Kementerian Pendidikan Tinggi Bilangan 2 Tahun 2024

 

Pengumuman Daripada: Pusat Pengurusan Penyelidikan

 

Seperti mana YBrs. Prof./Dr. sedia maklum, program/projek penyelidikan yang telah diluluskan di bawah Dana Penyelidikan Kementerian Pendidikan Tinggi (DP KPT) adalah tertakluk kepada pemantauan secara berjadual bagi setiap enam (6) bulan sepanjang tempoh penyelidikan. Pemantauan ini bertujuan untuk memastikan pelaksanaan program/projek penyelidikan adalah mengikut perancangan dan pencapaian semasa prestasi fizikal dan kewangan serta pemantauan yang berkesan di peringkat IPT/institusi oleh pihak Pusat Pengurusan Penyelidikan (RMC).
 
 
Untuk tujuan tersebut, penghantaran laporan pemantauan bilangan 2 tahun 2024 akan dilaksanakan mulai 1 Ogos 2024 hingga 1 September 2024. Ketua Program/Projek hendaklah mengemukakan laporan prestasi dan kewangan  (data pencapaian sehingga 31 Julai 2024) melalui sistem MyGRANTS dalam tempoh tersebut. Pemantauan laporan prestasi program/projek penyelidikan bil. 2/2024 merangkumi skim geran penyelidikan berikut:
 
(i)
Skim Geran Penyelidikan Fundamental (FRGS) Fasa 1/2020 sehingga Fasa 1/2023
(ii)
Skim Geran Penyelidikan Pembangunan Prototaip (PRGS) Fasa 2/2022 hingga Fasa 1/2023
(iii)
Skim Geran Penyelidikan Jangka Panjang (LRGS) Fasa 1/2019 hingga Fasa 1/2020
Adalah diingatkan bahawa Ketua Program/Projek yang tidak melengkapkan laporan akhir dalam sistem MyGRANTS tidak dibenarkan untuk memohon mana-mana geran penyelidikan DP KPT sebagai Ketua Program/Projek atau Penyelidik Bersama seperti yang dinyatakan dalam Dokumen Tadbir Urus DP KPT
 
Sebarang pertanyaan berkenaan perkara tersebut, sila berhubung terus dengan Pn. Hetty Hazwani Dzulkipli (No. telefon: 013-8852373) atau Encik Afendih Bin Ambrih (No. Telefon: 013-8216167).

IKUTI KAMI @

CAPAIAN PANTAS

  •  Direktori Kakitangan
  • Direktori Kepakaran
  • Portal Kakitangan
  •  Portal Pelajar
  •  SmartUMS
  •  E-Respon
  •  VirtualTour@UMS
  •  UMS Institutional Repository
  •  Tempahan Ruang

PAUTAN LAIN

  •  Peta UMS
  • Data Terbuka
  • Portal Kerajaan Negeri Sabah
  • Kementerian Pengajian Tinggi (KPT)
  • MAMPU
  • Portal Kerajaan Malaysia (MyGov)
  • UMS Investment Holdings Sdn. Bhd.