Pemakluman Permohonan Penyertaan ke Pertandingan Innozilla USM Dan CRI UMS 2024

 

Pengumuman Daripada: Pusat Pengurusan Inovasi dan Pengkomersialan

 

PEMAKLUMAN PERMOHONAN PENYERTAAN KE PERTANDINGAN INNOZILLA USM DAN CRI UMK 2024
 
Selamat sejahtera,
 
YBrs. Prof. Dr. / Prof. Madya Dr./ Dr./ Tuan/ Puan
 
Dengan segala hormatnya perkara di atas adalah dirujuk.
 
02.   Sukacita dimaklumkan bahawa melalui Pusat Pengurusan Inovasi dan Pengkomersialan (PPIP), akan menghantar penyertaan bagi Pertandingan Innozilla 2024 di USM dan Pertandingan CRI 2024 di UMK seperti butiran berikut:
 
i. PERTANDINGAN INNOZILLA 2024
Tarikh: 06 – 07 November 2024
Tempat: Dewan Utama Pelajar, USM
 
ii. PERTANDINGAN CRI 2024
Tarikh: 08 – 09 September 2024
Tempat: Dewan Keusahawanan, UMK Kampus Kota
 
03.   Sehubungan itu, pihak PPIP telah menyediakan pautan Microsoft Form bagi tujuan Pemilihan Peserta untuk dihantar menyertai Pertandingan tersebut. Pautan Microsoft Form tersebut adalah bertujuan untuk saringan kepada Pemenang Pingat Emas atau Anugerah Khas semasa EXCOCIPTA 2024. Pihak YBrs. Prof. Dr. / Prof. Madya Dr./ Dr./ Tuan/ Puan diminta untuk mengisi pautan tersebut sebelum atau pada 19 Ogos 2024, jam 5 Petang melalui pautan berikut:
 
 
04.   Sebarang pertanyaan lanjut pihak YBrs. Prof. Dr. / Prof. Madya Dr./ Dr./ Tuan/ Puan boleh hubungi En. Mohd Aiddy Suffian Abdul Rashid di talian 013-5810910 @ Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya. atau En. Mixsius Sumpongul di talian 011-51454370 @ Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya.
 
Perhatian dan Kerjasama daripada pihak YBrs. Prof. Dr. / Prof. Madya Dr./ Dr./ Tuan/ Puan amatlah dihargai dan didahului dengan ucapan jutaan terima kasih.
 
Sekian

IKUTI KAMI @

CAPAIAN PANTAS

  •  Direktori Kakitangan
  • Direktori Kepakaran
  • Portal Kakitangan
  •  Portal Pelajar
  •  SmartUMS
  •  E-Respon
  •  VirtualTour@UMS
  •  UMS Institutional Repository
  •  Tempahan Ruang

PAUTAN LAIN

  •  Peta UMS
  • Data Terbuka
  • Portal Kerajaan Negeri Sabah
  • Kementerian Pengajian Tinggi (KPT)
  • MAMPU
  • Portal Kerajaan Malaysia (MyGov)
  • UMS Investment Holdings Sdn. Bhd.