Pengumuman Daripada: Jabatan Pembangunan dan Penyelenggaraan
PEMAKLUMAN PENGGUNAAN BORANG TEMPAHAN KENDERAAN (PIND.1/2024) BAGI TUJUAN TEMPAHAN KENDERAAN DI JABATAN PEMBANGUNAN DAN PENYELENGGARAAN (JPP) UMS
Adalah dimaklumkan bahawa pihak JPP melalui Sektor Kenderaan telah mengemaskini Borang Tempahan Kenderaan bagi tujuan permohonan perkhidmatan kenderaan di JPP. Sehubungan dengan itu, mohon kerjasama semua pihak untuk menggunakan Borang Tempahan Kenderaan (PIND.1/2024) yang dilampirkan bersama pemakluman ini bagi semua urusan tempahan kenderaan berkuatkuasa dari memo ini dikeluarkan.
2. Sebarang pertanyaan lanjut berhubung perkara ini , pihak tuan/puan boleh menghubungi Encik Thomas Ambau, Penolong Jurutera atau Cik Normimi binti Norbin Pembantu Kemahiran, di talian 014-3712098/019-8606929.
Sekian.
Sektor Kenderaan
Bahagian Perkhidmatan
Jabatan Pembangunan dan Penyelenggaraan