Pengumuman Daripada: Sektor Pengembangan Profesional, Bahagian Kepimpinan dan Pembangunan Bakat, Jabatan Pendaftar
![]() | Garis Panduan dan Inforgrafik Tawaran Penajaan Hadiah Latihan Persekutuan bagi Staf Bukan Akademik (HLPSBA) |
Salam Sejahtera,
Sukacita dimaklumkan bahawa Kementerian Pengajian Tinggi ingin mempelawa Pegawai Kumpulan Pengurusan dan Profesional Gred 41 ke atas yang berkhidmta di Universiti Awam dan Hospital Universiti yang berminat dan memnuhi syarat untuk memohon Hadiah Latihan Persekutuan bagi Staf Bukan Akademik (HLPSBA) bagi mengikuti pengajian di peringkat Sarjana, Sarjana Perubatan dan Kedoktorann secara sepenuh masa.
Sehubungan dengan itu, pegawai yang berminat dialu-alukan untuk membuat permohonan secara atas talian di pautan https://biasiswa.mohe.gov.my/hlp/index_login.php. Permohonan akan dibuka mulai 02 September 2024 jam 5.00 petang hingga 2 Oktober 2024 jam 5.00 petang. Permohonan yang diterima selepas tarikh tutup permohonan tidak akan diproses dan sebarang rayuan tidak akan dipertimbangkan.
Dilampirkan bersama adalah Garis Panduan dan Inforgrafik Tawaran Penajaan Hadiah Latihan Persekutuan bagi Staf Bukan Akademik (HLPSBA).
Sekian, terima kasih.