Permohonan Dana Penyelidikan Strategik

 

Pengumuman Daripada: Pusat Pengurusan Penyelidikan

 

PENGENALAN DANA PENYELIDIKAN STRATEGIK (SRF) : 
 
Dana Penyelidikan Strategik (SRF) adalah skim pembiayaan berbentuk geran bagi membiayai penyelidikan strategik dan inisiatif top- down berimpak tinggi kepada negara berdasarkan bidang keutamaan semasa yang telah dikenal pasti. Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi (MOSTI) telah mengambil inisiatif memperkasakan lagi skim SRF dengan melaksanakan permohonan melalui kaedah request for proposal (RFP). Melalui kaedah ini, penyelesaian bagi sesuatu permasalahan atau tujuan khusus dapat diperolehi.
 
OBJEKTIF DANA PENYELIDIKAN STRATEGIK (SRF) : 
 
Dana Penyelidikan Strategik – Request for Proposal (SRF-RFP) bertujuan untuk menyediakan dana bagi membiayai projek-projek yang menyokong pelaksanaan dasar, pelan hala tuju, pelan tindakan atau insiatif kerajaan melalui RFP yang dibangunkan.  Penyelesaian bagi penyataan masalah khusus dalam bentuk teknologi, produk atau proses baharu yang berinovatif dijangka akan menghasilkan impak yang besar kepada sosioekonomi negara selari dengan Dasar Sains, Teknologi dan Inovasi Negara (DSTIN).
 
Tempoh penghantaran Nota Konsep adalah bermula pada 17 September sehingga 29 Oktober 2024. 
 
Ahli Akademik UMS adalah dipelawa untuk menghantar permohonan bagi dana tersebut. Penghantaran permohonan boleh di buat melalui laman sesawang https://sdb.mosti.gov.my/
 
Sebarang pertanyaan lanjut boleh mengubungi : 
 
  1. Urusetia Dana Penyelidikan Strategik (SRF) melalui emel : Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya. atau melalui Nombor telefon : 03-88885 8315 | 8704 | 8258 | 8317 | 8327. 
  2. Puan Rohani Binti Hadi (Emel : Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya./013-803 2554) atau Cik Priscilla Clare Primus (Emel : Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya./014-996 8245)

IKUTI KAMI @

CAPAIAN PANTAS

  •  Direktori Kakitangan
  • Direktori Kepakaran
  • Portal Kakitangan
  •  Portal Pelajar
  •  SmartUMS
  •  E-Respon
  •  VirtualTour@UMS
  •  UMS Institutional Repository
  •  Tempahan Ruang

PAUTAN LAIN

  •  Peta UMS
  • Data Terbuka
  • Portal Kerajaan Negeri Sabah
  • Kementerian Pengajian Tinggi (KPT)
  • MAMPU
  • Portal Kerajaan Malaysia (MyGov)
  • UMS Investment Holdings Sdn. Bhd.