Pengumuman Daripada: Pusat Perkhidmatan dan Penyelidikan Halal (PPPH)
Assalamualaikum & salam sejahtera,
YBhg. Prof Dr./ Dr./Tuan/Puan,
Adalah dimaklumkan bahawa Pusat Perkhidmatan dan Penyelidikan Halal (PPPH), Fakulti Sains Makanan dan Pemakanan (FSMP), Universiti Malaysia Sabah (UMS) akan mengadakan Kursus Latihan Eksekutif Halal Siri 4/2024 pada:
Tarikh: 30 September 2024 - 9 Oktober 2024 (10 hari termasuk Sabtu dan Ahad)
Masa: 9.00 pagi - 5.00 petang
Lokasi: Fakulti Sains Makanan Pemakanan, Universiti Malaysia Sabah
Yuran: RM600 sahaja! (Harga Asal: RM3,500)
Sasaran Peserta: Pelajar atau lepasan kolej dan universiti di bawah umur 35 tahun
Untuk makluman, yuran kursus berjumlah RM600 merupakan harga istimewa untuk pelajar atau lepasan kolej dan universiti di bawah umur 35 tahun.
Bagi yang berminat boleh mengimbas QR Kod yang dilampirkan atau mengisi borang di pautan yang disediakan.
Pautan Borang Pendaftaran Kursus Latihan Eksekutif Halal Siri 4/2024:
Sekian, terima kasih.