Majlis Penyerahan Sumbangan Mesin Rehabilitasi (PainBot)

 

Pengumuman Daripada: Hospital Universiti Malaysia Sabah
 
 
 
Kami dengan sukacitanya ingin memaklumkan bahawa Majlis Penyerahan Sumbangan Mesin Rehabilitasi (PainBot) daripada JETAMA Sdn. Bhd. kepada Universiti Malaysia Sabah (UMS) akan diadakan pada:
 
📅 25 September 2024
🕘 10:00 pagi
📍 Dewan Bankuasi, Dewan Canselor UMS
 
Mesin PainBot ini merupakan sumbangan berharga dalam usaha meningkatkan kemudahan rehabilitasi di UMS, khususnya dalam membantu rawatan kesakitan pesakit di Jabatan Perubatan Rehabilitasi, Hospital UMS. Kami berharap ia dapat membuka lembaran baharu dalam teknologi perubatan serta memperkukuhkan peranan UMS sebagai pusat kecemerlangan perubatan dan rehabilitasi di Sabah.
 
Sekian, terima kasih.