Kursus Kesedaran Halal Anjuran Pusat Perkhidmatan dan Penyelidikan Halal

 

Pengumuman Daripada: Pusat Perkhidmatan dan Penyelidikan Halal 

 

Assalamualaikum & salam sejahtera,
 
YBhg. Prof Dr./ Dr./Tuan/Puan,
 
Adalah dimaklumkan bahawa Pusat Perkhidmatan dan Penyelidikan Halal (PPPH), Fakulti Sains Makanan dan Pemakanan (FSMP), Universiti Malaysia Sabah (UMS) akan mengadakan Kursus Kesedaran Halal Siri 9/2024 pada:
 
Tarikh: 3 Oktober 2024 (Khamis)
Masa: 9.00 pagi - 1.00 petang (4 jam)
Platform: Secara dalam talian melalui aplikasi Cisco Webex
Yuran: RM150/peserta
Sasaran Peserta: Terbuka kepada semua
 
Bagi yang berminat untuk mendaftar, YBhg. Prof Dr./ Dr./Tuan/Puan boleh mengimbas QR Kod yang dinyatakan dalam poster atau mendaftar melalui pautan Borang Pendaftaran Kursus Kesedaran Halal Siri 9/2024 ini: https://forms.office.com/r/HXKqkAJ5bX
 
Sekian, terima kasih.