Jemputan Mengikuti Kursus "Occupational Psychological First Aid" Anjuran NIOSH Malaysia

 

 

Pengumuman Daripada: Bahagian Kepimpinan dan Pembangunan Bakat

 

"TERBUKA KEPADA SEMUA PELAJAR DAN WARGA UMS. PENYERTAAN ADALAH PERCUMA!"
 
 
JEMPUTAN MENGIKUTI KURSUS “OCCUPATIONAL PSYCHOLOGICAL FIRST AID” ANJURAN NIOSH MALAYSIA 
 
 
YBhg. Prof./ Dr./ Tuan/ Puan, 
 
   
Perkara di atas adalah dirujuk. 
 
Sukacita dimaklumkan bahawa Institut Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan Negara (NIOSH), sebuah agensi di bawah Kementerian Sumber Manusia (KESUMA), sedang menjalankan Kursus Pertolongan Cemas Psikologi Pekerjaan (Occupational Psychological First Aid - OPFA) secara PERCUMA sehingga 31 Disember 2024 ini. Program percuma ini terbuka kepada 10,000 orang peserta yang terawal sahaja.
 
Objektif utama program OPFA ini adalah untuk memberikan pengetahuan serta kemahiran dalam merancang dan melaksanakan intervensi kesihatan mental, membantu individu yang berada dalam tekanan dan memahami konsep kesihatan mental di tempat kerja.
 
Kursus ini dijalankan selama 2 hari secara dalam talian dan mereka yang berminat boleh membuat pendaftaran di pautan :  https://edaftar.niosh.net.my/mhfa
 
Tarikh tutup permohonan adalah pada 15 Oktober 2024 dan sijil penyertaan akan diberikan kepada setiap peserta yang melengkapkan kursus 2 hari tersebut. 
 
NIOSH amat berbesar hati jika pihak YBhg. Prof./ Dr./ Tuan/ Puan dapat membantu mempromosi program ini dalam kalangan tenaga kerja dan pelajar di institusi YBhg. Prof./ Dr./ Tuan/ Puan. 
 
Jika institusi YBhg. Prof./ Dr./ Tuan/ Puan mempunyai lebih 200 peserta yang berminat untuk menyertai kursus ini, pihak kami bersedia untuk menghubungi pegawai berkenaan untuk memudahkan proses pendaftaran secara pukal. 
 
Untuk sebarang pertanyaan dan maklum balas, pihak kami boleh dihubungi di talian OPFA, NIOSH 019-2289586 atau 019-2291652.
 
Perhatian dan sokongan yang diberikan oleh pihak YBhg. Prof./ Dr./ Tuan/ Puan amat kami hargai. 
 
Sekian, terima kasih.