Jemputan Menghadiri Taklimat Penilaian Pematuhan Akreditasi Penuh Program (MQA-04) Agensi Kelayakan Malaysia

 

Pengumuman Daripada: Pusat Jaminan Kualiti

 

Dengan hormat perkara di atas dirujuk.
 
2.        Adalah dimaklumkan bahawa MQA telah mengeluarkan pemakluman melalui surat MQA, MQA, MQA.600-2/3/1 (13) bertarikh 20 Ogos 2024 untuk melaksanakan penilaian Pematuhan Akreditasi Penuh (MQA-04) bagi program-program UMS seperti dalam Lampiran 1 (sila rujuk e-mel CQA bertarikh 26 September 2024). Berdasarkan surat pemakluman tersebut menyatakan bahawa PPT tidak lagi perlu mengemukakan Dokumen MQA-04: Penilaian Pematuhan Akreditasi Penuh Program sebaliknya, PPT hanya perlu menyediakan dokumen penilaian Pematuhan Akreditasi Penuh (MQA-04) seperti dalam Lampiran 2  (sila rujuk e-mel CQA bertarikh 26 September 2024).
 
3.        Sehubungan dengan itu, CQA akan mengadakan taklimat bagi menerangkan secara terperinci berkaitan perkara ini dan memerlukan maklum balas berkaitan penyediaan dokumen penilaian MQA-04 daripada pihak F/P/I/A semasa sesi diadakan. Oleh itu, YBhg. Datuk/ Prof./ Dr./ Tuan/ Puan dijemput untuk menghadiri sesi ini mengikut ketetapan seperti berikut:
 
      Tarikh      : 04 Oktober 2024 (Jumaat)
      Masa       : 2:30 petang
          Tempat        : Dewan Resital UMS
                  *pautan Webex akan disediakan untuk kakitangan UMS Labuan dan Sandakan
 
4.        Mohon jasa baik YBhg. Datuk/ Prof./ Dr./ Tuan/ Puan untuk mengesahkan kehadiran melalui pautan ini https://forms.office.com/r/VLD6DsSzY6 .
 
Perhatian dan kerjasama YBhg. Datuk/ Prof./ Dr./ Tuan/ Puan berhubung perkara ini amatlah diharapkan dan kami dahului dengan ucapan ribuan terima kasih.
 
Sekian.
 

IKUTI KAMI @

CAPAIAN PANTAS

  •  Direktori Kakitangan
  • Direktori Kepakaran
  • Portal Kakitangan
  •  Portal Pelajar
  •  SmartUMS
  •  E-Respon
  •  VirtualTour@UMS
  •  UMS Institutional Repository
  •  Tempahan Ruang

PAUTAN LAIN

  •  Peta UMS
  • Data Terbuka
  • Portal Kerajaan Negeri Sabah
  • Kementerian Pengajian Tinggi (KPT)
  • MAMPU
  • Portal Kerajaan Malaysia (MyGov)
  • UMS Investment Holdings Sdn. Bhd.