Pengumuman Daripada: Sektor Pendidikan dan Zakat, Pusat Islam
Assalamualaikum WBT
YBhg. Datuk/Datin/Prof./Dr./Tuan/Puan,
TAHUKAH ANDA?
Terdapat 2 jenis zakat iaitu Zakat Fitrah dan juga Zakat Harta.
Zakat Fitrah:
Dibayar dalam bulan puasa (Ramadan) sahaja.
Zakat Harta:
Ditunaikan sepanjang tahun berdasarkan nisab dan cukup haul (pemilikan harta tersebut telah mencapai 1 tahun).
Mari kita sama-sama semak syarat-syarat wajib untuk melayakkan kita berzakat.
SYARAT-SYARAT WAJIB DALAM BERZAKAT:
1. ISLAM - Hanya dikenakan atas orang Islam sahaja.
2. MERDEKA - Orang lslam yang merdeka sepenuhnya bukannya daripada golongan hamba.
3. SEMPURNA MILIK -Harta yang mampu dikawal sepenuhnya oleh seseorang.
4. CUKUP NISAB- Paras minima yang menentukan sama ada sesuatu harta diwajibkan zakat.
5. CUKUP HAUL - Genap setahun Qamariah (masihi) atau (hijri) harta itu disimpan atau dimiliki.
6. HARTA BERKEMBANG - Harta yang memberikan pulangan dan pendapatan kepada pemiliknya
7. SUMBER HARTA/HASIL ADALAH HALAL DAN SAH - Sumber yang halal dan diperolehi dengan cara yang sah
“Ambillah (sebahagian) dari harta mereka menjadi sedekah, supaya dengannya engkau membersihkan mereka (dari dosa) dan mensucikan mereka (dari akhlak yang buruk), dan doakanlah untuk mereka, kerana sesungguhnya doamu itu menjadi ketenteraman bagi mereka, dan (ingatlah) Allah Maha Mendengar Lagi Maha Mengetahui.“ (At - Taubah 103)
Dokumen yang perlu dibawa?
✅ Slip Gaji Terkini 2024
✅ Kad Pengenalan
Sebarang Persoalan @ Perkhidmatan secara atas talian, Sila hubungi:
Encik Malik Hanafi (https://wa.me/60168264760)
Puan Kartini (https://wa.me/60198042698)
Cik Noorfazlina (https://wa.me/60138085856)
Encik Hilmi (https://wa.me/60143919821)
#jomberzakat
#umsleadingtowardsinnovativesocieties
#UMShare