Pengumuman Daripada: Penerbit UMS
📚 PESTA BUKU BORNEO 2024📚
Sukacita dimaklumkan bahawa Penerbit Universiti Malaysia Sabah akan menganjurkan Pesta Buku Borneo 2024.
Butiran program adalah seperti berikut:
🗓️ Tarikh : 13 - 17 November 2024 (Rabu - Ahad)
⏰ Masa : 10.00 pagi - 10.00 malam
📍Tempat : Sabah International Convention Centre (SICC), Kota Kinabalu
Pelbagai aktiviti menarik menanti anda, antaranya ialah:
🎭 Persembahan Seni
📚 Bicara Buku
📖 Kuiz Buku
🔬 Bengkel Sains
🎨 Pertandingan Mewarna
🪡 Bengkel Batik
📖 Pelancaran Buku
dan banyak lagi!
Terdapat lebih dari 90 reruai dan 20,000 buku menanti anda. Jangan lepaskan peluang ini, dan jumpa kami di sana.