Pengumuman Daripada: Pusat Pembangunan Kerjaya dan Keusahawanan
Assalamualaikum dan salam sejahtera.
Tuan/Puan,
Dengan segala hormatnya perkara di atas adalah dirujuk.
2. Dimaklumkan bahawa Mesyuarat Jawatankuasa Pengurusan Universiti (JPU) Bil.18/2024 Kali ke-376 pada 8 Oktober 2024 (Selasa) telah bersetuju meluluskan cadangan penstrukturan dan penjenamaan semula Pusat Kerjaya dan Pembangunan Keusahawanan Pelajar (PKPKP) ke Pusat Pembangunan Kerjaya dan Keusahawanan (CEDeC). Sehubungan itu, sebarang urusan dengan PKPKP hendaklah menggunakan nama baharu seperti yang dinyatakan di atas.
3. Sebarang pertanyaan berhubung perkara di atas boleh hubungi Encik Abdul Haidy bin Abdul Hamid melalui talian +60 11-2526 7577 atau melalui e-mel Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya.
Perhatian dan kerjasama daripada pihak tuan/puan amat dihargai dan didahului dengan ucapan terima kasih.