Kempen #MedSafetyWeek : Mari Kenali Tanda dan Gejala Alahan Ubat dan Vaksin

 

Pengumuman Daripada: Jabatan Farmasi HUMS
 
 
 
Kempen #MedSafetyWeek bertujuan untuk meningkatkan kesedaran mengenai pencegahan dan pelaporan kesan sampingan ubat dan vaksin. Kempen tahunan peringkat global ini melibatkan 90 buah negara 🌏 dengan tema  "Preventing Side Effects".
 
Bersempena dengan Kempen #MedSafetyWeek 2024 mari ketahui 🕵🏻
📢 Tanda & Gejala Alahan Ubat/Vaksin yang Anda Perlu Tahu! 💉💊
 
Tahukah anda bahawa alahan terhadap ubat/vaksin boleh berlaku pada sesiapa sahaja dan bila-bila masa? Kenali tanda-tanda dan gejala awal supaya anda boleh bertindak segera! 🔍
 
🚑 Jika anda atau orang sekeliling mengalami gejala-gejala atau tanda-tanda alahan ubat/vaksin selepas mengambil ubat/vaksin, anda boleh #LaporKesanSampingan melalui ahli farmasi atau doktor anda atau secara terus ke NPRA (www.npra.gov.my).
Tindakan pantas boleh menyelamatkan nyawa!
 
Jom sama-sama bantu kami menjadikan ubat dan vaksin lebih selamat bagi semua!
 
#MedSafetyWeek
#MedSafetyWeekMY
#LaporKesanSampingan
#CegahKesanSampingan
#PreventSideEffects
#ReportSideEffects