Pemakluman kepada Pelawat Universiti Malaysia Sabah

 

Pengumuman Daripada: Pusat Komunikasi Korporat

 

Dengan hormatnya saya merujuk perkara di atas.
 
2.    Sukacita dimaklumkan bahawa Pusat Komunikasi Korporat (PKK) telah dilantik sebagai Jawatankuasa Protokol, Sambutan dan Media sempena Majlis Konvokesyen Universiti Malaysia Sabah Kali Ke-26 dalam persediaan mengeluarkan surat-surat jemputan, pelantikan ahli Jawatankuasa Protokol, jemputan media dan taklimat protokol.
 
3.    Sehubungan itu, penyelarasan lawatan daripada pihak kami tidak dapat dikendalikan bermula 15 November 2024 sehingga 16 Disember 2024 bagi memberi laluan persediaan majlis. Pihak pelawat boleh berhubung secara terus melalui pejabat atau kaunter tempat lawatan yang berkenaan dalam tempoh tersebut. Sekiranya terdapat sebarang pertanyaan berhubung perkara ini, bolehlah menghubungi Puan Azliah Ahmad, Pembantu Tadbir (P/O) di talian 088-320000 samb. 202000.
 
Segala kerjasama dan perhatian daripada pihak Tuan/Puan dalam perkara ini amatlah dihargai dan didahului dengan ucapan setinggi-tinggi terima kasih.
 
Sekian.