Borneo International Accounting Conference 2024

 

Pengumuman Daripada: Pusat Perakaunan, Fakulti Perniagaan, Ekonomi dan Perakaunan

 

Assalamualaikum w.b.t  dan Salam Sejahtera  

 

YBhg Datuk/Prof/Prof Madya/Dr/Tuan/Puan,

 

MAKLUMAN PELAKSANAAN BORNEO INTERNATIONAL ACCOUNTING CONFERENCE (BIAC) 2024

Dengan segala hormatnya saya merujuk kepada perkara di atas.
 
02. Adalah dimaklumkan bahawa Pusat Perakaunan, Fakulti Perniagaan, Ekonomi dan Perakaunan (FPEP) UMS dengan kerjasama daripada Universitas Sarjanawiyata Tamansiswa (UST),Indonesia, University of Shanghai for Science & Technology (Business School), China, AMC University College Sabah, dan Pusat Kokurikulum dan Pemajuan Pelajar UMS (PKPP) akan mengadakan persidangan seperti yang dinyatakan di atas pada ketetapan berikut:
 
Tarikh : 25 dan 26 November 2024 (Isnin & Selasa)
Masa  :  8.00 pagi – 5.00 petang
Tempat: Dewan Bankuasi, Dewan Canselor, UMS
 
03.  Untuk makluman, persidangan ini adalah julung kali diadakan. Persidangan ini adalah satu platform yang bermanfaat kepada para penyelidik dari institusi berbeza untuk jaringan dan perbincangan kerjasama dan kolaborasi dalam penyelidikan perakaunan dan bidang lain di peringkat antarabangsa.
 
Sekian dan terima kasih.