Tabung Endowmen Tunai UMS

 

Pengumuman Daripada: Pusat Pelaburan, Endowmen dan Wakaf

 

Assalamualaikum WBT dan Salam Sejahtera,
 
YBhg. Datuk/Datin/Prof./Dr./Tuan/Puan,
 
Setiap daripada kita mempunyai tanggungjawab untuk membina dunia yang lebih baik. Oleh itu, sumbangan endowmen yang anda berikan lebih daripada sekadar wang – anda memberi harapan, peluang pendidikan, dan masa depan yang lebih cerah kepada mereka yang kurang bernasib baik. Sumbangan anda juga adalah langkah pertama dalam mencipta perubahan yang berpanjangan, yang akan memberi manfaat kepada generasi akan datang.
 
Marilah kita berganding bahu untuk memastikan legasi yang kita tinggalkan bukan sahaja berdaya saing tetapi juga memberi impak positif secara berterusan. Dengan setiap sumbangan yang anda berikan, anda turut menyumbang kepada pembinaan masyarakat yang lebih cemerlang dan sejahtera.
 
Salurkan tanda sokongan dan keprihatinan anda melalui sumbangan ke akaun berikut:
Penama                 : Tabung Endowmen Tunai UMS
Nama Bank              : Bank Islam Malaysia Berhad
No. Akaun               : 10052010127995
Sumbangan Bulanan: https://infaqpay.my/go/ums-endowmen
 
Sekian, terima kasih atas sokongan dan sumbangan yang tidak ternilai.
 
Sebarang pertanyaan lanjut sila hubungi:
088-320000 Ext. 202300 atau
+601136084595 (Awg Ezwan)