Pengumuman Daripada: Hospital UMS
Assalamualaikum & salam sejahtera,
Berita baik untuk semua ibubapa, Poliklinik & Pusat Rawatan Warga menawarkan Program Jum Khatan Bersempena Cuti Sekolah. Prosedur akan dikendalikan dengan pantas dan selamat oleh doktor yang berpengalaman.
Sekiranya berminat, boleh menghubungi nombor klinik seperti yang tertera untuk mendapatkan tarikh temujanji.
Prosedur akan dijalankan pada setiap hari Selasa, Rabu dan Khamis berdasarkan temujanji yang telah dibuat. Tiada walk-in dibenarkan atas kekangan jumlah Pegawai Perubatan yang boleh menjalankan prosedur berkhatan.