Pengumuman Daripada: Bahagian Pengurusan Sumber Manusia, Jabatan Pendaftar
Dimaklumkan bahawa Tempoh Penilaian PPP, PPK dan PEER bagi LNPT Kakitangan Akademik dan Pentadbiran adalah seperti berikut;
Penilaian PPP: 16 Jan - 31 Jan 2025
Penilaian PPK: 1 Feb - 15 Feb 2025
Penilaian PEER: 1 Feb - 15 Feb 2025
Sehubungan itu, PPP dan PPK adalah diminta untuk membuat penilaian berdasarkan kepada Panduan Pelaksanaan Sistem Penilaian Prestasi Pegawai Perkhidmatan Awam Malaysia (Lampiran A2) perkara 20 (vii) dan (viii).
(vii)
“Pegawai Penilai Pertama dikehendaki membuat penilaian dan ulasan mengenai prestasi PYD setelah membincangkannya dengan PYD serta membuat perakuan yang sesuai dengan menggunakan borang LNPT yang berkenaan. Borang LNPT yang telah diisi oleh PPP hendaklah dihantar kepada PPK melalui urusetia; dan
(viii)
Pegawai Penilai Kedua (PPK) juga dikehendaki membuat penilaian prestasi PYD selepas Pegawai Penilai Pertama (PPP) membuat penilaiannya. Sekiranya terdapat perbezaan penilaian yang ketara, khususnya yang menyebabkan markah keseluruhan (purata) jatuh ke tahap yang tidak memuaskan, PPK hendaklah menyatakan alasan perbezaan itu dan memaklumkannya kepada PYD.”
Pihak Bahagian Pengurusan Sumber Manusia berharap agar semua PPP dan PPK dapat melaksanakan tanggungjawab masing-masing sebagaimana yang dinyatakan seperti di atas.
Kerjasama semua amatlah dihargai dan didahului dengan ucapan jutaan terima kasih.
Sektor Prestasi dan Psikologi
💻📨 Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya.
📝📲 0168917313 / 0168065272 / 0168446578