Takwim Penarafan Entiti Penyelidikan UMS Tahun 2025

 

Pengumuman Daripada: Pusat Pengurusan Penyelidikan

 

Garis Panduan Penubuhan Pengurusan Entiti Penyelidikan UMS - Ogos 2023
Garis Panduan Penubuhan Pengurusan Living Lab - Ogos 2023
LAMPIRAN B Kertas Kerja Permohonan sebagai Pusat Kecemerlangan Penyelidikan
LAMPIRAN C Kertas Kerja Permohonan sebagai Pusat Penyelidikan
LAMPIRAN D Kertas Kerja Permohonan sebagai Makmal Penyelidikan Diiktiraf
LAMPIRAN E Kertas Kerja Permohonan sebagai Makmal Hidup Diiktiraf
LAMPIRAN F Carta Alir Penarafan Entiti Penyelidikan Pusat Kecemerlangan Penyelidikan
LAMPIRAN G Carta Alir Penarafan Entiti Penyelidikan Pusat Penyelidikan
LAMPIRAN H Carta Alir Penarafan Entiti Penyelidikan Makmal Penyelidikan Diiktiraf

 

Assalammualaikum & salam sejahtera
 
YBhg. Datuk / Prof. / Prof. Madya / Dr. / Tuan / Puan,
 
Sukacita dimaklumkan bahawa Permohonan Penarafan Entiti Penyelidikan Tahun 2025 telah dibuka. 
 
Tarikh-tarikh penting berkaitan permohonan adalah seperti berikut:
 
Permohonan dihantar oleh FAPI: 1hb Jun - 31hb Julai 2025
Saringan Permohonan: 1hb - 13hb Ogos 2025
Audit Pembuktian Permohonan: 1hb - 26hb Ogos 2025
Mesyuarat Jawatankuasa Penarafan Entiti Penyelidikan (JKPEP) Bil 1/2025: Ogos 2025
Pelaporan JKPEP kepada Jawatankuasa Penyelidikan & Inovasi UMS: September 2025
 
Pihak kami memohon kerjasama dan jasa baik para Dekan / Pengarah / TDPI / TPPI untuk menguar-uarkan perkara ini kepada semua kakitangan akademik di FAPI masing-masing. Bersama-sama ini dilampirkan dokumen-dokumen berkaitan permohonan untuk rujukan. 
 
Semua permohonan hendaklah dihantar melalui emel Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya.y dan disalinkan kepada YBrs. Prof. Pengarah Pusat Pengurusan Penyelidikan sebagai pemakluman.
 
Sekiranya terdapat sebarang soalan, sila berhubung terus dengan Encik Mohd. Aminur Faiz bin Suis, Pegawai Penyelidik dari Bahagian Pengurusan Strategik & Kecemerlangan Penyelidikan PPP melalui emel Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya. atau talian telefon 019-537 2210. 
 
Sekian, terima kasih