Arahan Memuat Turun Deskripsi Tugas dan MyPortfolio Dalam Sistem HRMIS, JPA

 

Pengumuman Daripada: Bahagian Pengurusan Sumber Manusia

 

Adalah dimaklumkan bahawa kakitangan pentadbiran lantikan tetap Universiti Malaysia Sabah (UMS) dikehendaki untuk memuat turun Deskripsi Tugas (JD) dan MyPortfolio dalam sistem HRMIS, JPA. 
 
Sehubungan itu, dilampirkan kod QR dalam infografik yang tertera bagi tatacara memuat turun dokumen berkenaan.
 
📌 Tempoh memuat turun adalah dari 9 Jun sehingga 30 Jun 2025
 
Perhatian dan Kerjasama YBhg. Datuk/Datin/Prof./Dr./Tuan/Puan amat dihargai dan didahului ucapan terima kasih.
 
 
Bahagian Pengurusan Sumber Manusia,
Jabatan Pendaftar
9 Jun 2025