Pelawaan Penyertaan Sebagai Rakan Integriti Universiti Malaysia Sabah

 

Pengumuman Daripada: Bahagian Integriti UMS

 

PELAWAAN PENYERTAAN SEBAGAI RAKAN INTEGRITI UNIVERSITI MALAYSIA SABAH
 
YBhg. Datuk/Prof./Dr./Tuan/Puan,
 
Universiti Malaysia Sabah (UMS) komited untuk memperkukuh budaya integriti dan tadbir urus baik dalam kalangan warga UMS. Sehubungan itu, Bahagian Integriti Universiti Malaysia Sabah (BIUMS) telah memperkenalkan inisiatif Rakan Integriti, iaitu satu program kesukarelawanan yang berperanan menyokong usaha pemerkasaan budaya integriti di peringkat organisasi.
 
2.    Rakan Integriti merupakan duta nilai integriti di UMS termasuk peringkat Jabatan/ Akademi/Fakulti/Pusat/Institut/Bahagian. Antara peranan sebagai Rakan Integriti adalah seperti berikut: 
  1. i.    Menyokong pelaksanaan inisiatif dan program berkaitan integriti yang dianjurkan oleh BIUMS di peringkat organisasi;
  1. ii.   Menjadi pemudah cara dalam penyebaran maklumat, dasar serta amalan berkaitan integriti dan tadbir urus baik kepada warga UMS; 
  1. iii.  Menggalakkan penglibatan aktif dalam kalangan warga UMS untuk menyertai aktiviti yang memupuk nilai-nilai integriti, akauntabiliti dan kebertanggungjawaban; 
  1. iv.   Menjadi penghubung strategik dalam usaha mengenal pasti, melapor dan menangani isu berkaitan integriti secara beretika dan profesional.
 
3.    Justeru itu, BIUMS mengalu-alukan penyertaan YBhg. Datuk/Prof./Dr./Tuan/Puan sebagai Rakan Integriti UMS. Permohonan boleh dikemukakan pada bila-bila masa melalui Pautan : https://shorturl.at/vpdas menggunakan borang yang telah disediakan. Sebarang pertanyaan lanjut, sila boleh hubungi kami di talian 088-320627 atau emel: Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya. . 
 
#IntegrityMatters #BudayaIntegriti #CegahRasuah
 
Integriti Teras Keunggulan UMS
 
Dikeluarkan oleh : 
Bahagian Integriti UMS (BIUMS)