Pengumuman Daripada: Jabatan Pendaftar
Sukacita dimaklumkan bahawa Jabatan Pendidikan Tinggi, Kementerian Pendidikan Tinggi ingin mempelawa calon-calon daripada Warganegara Malaysia yang sedang berkhidmat dalam Perkhidmatan Awam Persekutuan/ Perkhidmatan Awam Negeri/ Badan Berkanun/ Pihak Berkuasa Tempatan yang berkelayakan untuk mengisi dua (2) kekosongan jawatan Ketua Penolong Pengarah Kanan, Gred 13 (Terbuka) dan empat (4) kekosongan jawatan Penolong Pengarah Kanan Gred 10 (Terbuka) di Jabatan Pendidikan Tinggi (JPT), Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT) bagi tempoh dua (2) tahun.
Sehubungan itu, Jabatan ini mempelawa pegawai-pegawai Kumpulan Pengurusan dan Profesional Gred 13 dan Gred 10 atau yang setaraf yang berminat dan berkelayakan bagi mengemukakan permohonan untuk disaring dan ditemuduga sebelum dilantik mengisi kekosongan jawatan tersebut. Iklan kekosongan dan borang permohonan boleh diperolehi di pautan https://shorturl.at/E5iMK
Tarikh tutup permohonan adalah sebelum atau pada 25 Julai 2025 (Jumaat).
Sebarang pertanyaan lanjut boleh berhubung terus dengan pegawai daripada Seksyen Pengurusan Sumber Manusia, Bahagian Khidmat Pengurusan, Jabatan Pendidikan Tinggi, Kementerian Pendidikan Tinggi seperti berikut:
Encik Abdul Mutalib bin Mohamad
03-8870 6408
Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya.
Puan Nurdahliya Haszwani binti Mohd Razali
03-8870 6412
Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya.
Perhatian dan kerjasama YBhg. Dato’/ Prof./ Dr./ Tuan/ Puan berhubung perkara ini amat dihargai.
Sekian, terima kasih.
Seksyen Pengurusan Sumber Manusia
Bahagian Khidmat Pengurusan
Jabatan Pendidikan Tinggi
Kementerian Pendidikan Tinggi
Aras 9, No.2, Menara 2
Jalan P5/6, Presint 5
62200 Putrajaya