Pengumuman Daripada: Sektor Pendidikan dan Zakat, Pusat Islam UMS
TAHUKAH ANDA??
ZAKAT EMAS DAN PERAK
WAJIB DI ZAKAT..!!
Emas dan perak adalah hasil bumi yang memberi manfaat sama ada dalam bentuk asal atau siap diproses. Syariat mengharuskan emas dan perak digunakan dalam bentuk wang dan perhiasan.
Ramai orang Islam yang memiliki emas (sama ada sebagai barang perhiasan yang dipakai atau emas yang disimpan untuk pelaburan) namun tidak tahu bahawa mereka wajib membayar zakat bagi emas tersebut.
Zakat yang dikeluarkan ke atas emas bergantung sama ada emas dipakai ataupun yang disimpan yang mana telah cukup nisab dan haulnya.
“..dan (ingatlah) orang-orang yang menyimpan emas dan perak serta tidak membelanjakannya pada jalan Allah (zakat), maka khabarkanlah kepada mereka dengan (balasan) azab seksa yang tidak terperi sakitnya." (QS al-Taubah (09) : 34 – 35)
Sumber Rujukan:https://appszakat.sabah.gov.my/index.php
KUNJUNGI PERKHIDMATAN KAUNTER KAMI
📍 Kaunter Zakat Pusat Islam UMS | Tingkat 1, Pejabat Pusat Islam, Universiti Malaysia Sabah
🕘 Isnin – Jumaat | 9:00 pagi – 3:00 petang
PERUNDING ZAKAT PUSAT ISLAM UMS
Sebarang Persoalan @ Perkhidmatan secara atas talian Sila hubungi:-
📞Pn. Noorisah 013 285 5378
📞Pn. Kartini 019 804 2698
📞Cik. Noorfazlina 013 808 5856
#UMSshare
#JomTunaikanZakat
#ZakatMembawaBerkat