Kempen Infak Dapur Rahmah

 

Pengumuman Daripada: Pusat Islam UMS (PIUMS)

 

 

Assalamualaikum WBT YBhg. Datuk/Datin/Prof./Dr./Tuan/Puan,

 

Sukacitanya, pihak PIUMS membuka penyertaan Infaq Dapur Rahmah (secara potongan gaji bulanan) kepada semua bagi membantu Jemaah masjid khususnya mahasiswa Universiti Malaysia Sabah yang kurang berkemampuan. Sumbangan ini juga digunakan untuk Program Iftar (Berbuka Puasa) Sepanjang Bulan Ramadan, Iftar (Berbuka Puasa) Isnin dan Khamis, Kupon Makanan Percuma, Pek Makanan Percuma Infaq Anjung Rahmah, Pek Makanan Percuma Kelas Tafaqquh Fiddin Dan Lain-lain aktiviti kebajikan. 

 

Cara Penyertaan:

Log masuk ke HROnline v4.0

➡ Pilih Menu

➡ Klik Pusat Islam UMS

➡ Pilih Infak

➡ Klik Infak Dapur Rahmah

 

Sebarang pertanyaan boleh diajukan kepada: 

📞 Puan Fazelah:016-8655694

📞 Encik Ghazali: 014-9126809

 

Rasulullah SAW bersabda:- "Tidak akan berkurang harta dengan sedekah, dan seorang hamba yang pemaaf pasti akan Allah SWT tambahkan kemuliaan baginya." (HR Muslim)

 

Semoga sumbangan yang diberikan menjadi saham dan bekalan di akhirat kelak, insya-Allah.