Pencarian Calon Wakil UMS ke Anugerah Keusahawanan KPT 2025 (AKKPT 2025)

 

Pengumuman Daripada: Pusat Pembangunan Kerjaya dan Keusahawanan

 

PENCARIAN CALON WAKIL UMS KE ANUGERAH KEUSAHAWANAN KPT 2025 (AKKPT 2025)
 
Universiti Malaysia Sabah (UMS) melalui Pusat Pembangunan Kerjaya dan Keusahawanan (CEDeC) kini sedang mencari calon yang berpotensi untuk mewakili UMS ke anugerah berprestij kebangsaan: Anugerah Keusahawanan KPT 2025 (AKKPT 2025).
 
Jadilah wajah keusahawanan UMS yang mengharumkan nama universiti di pentas kebangsaan! 
 
KATEGORI YANG DIPERTANDINGKAN:
A. Anugerah AKKPT 2025
1. Kategori B: Perusahaan Pelajar Terbaik
2. Kategori C: Perusahaan Graduan Terbaik
3. Kategori D: Mentor Keusahawanan Terbaik
4. Kategori E: Projek Keusahawanan Sosial Terbaik
 
B. Anugerah Keusahawanan Digital & Inovatif
1. Kategori A: Platform Digital Pelajar Terbaik
2. Kategori B: Platform Digital Graduan Terbaik
3. Kategori C: Syarikat Pemula Pelajar Terbaik
4. Kategori D: Syarikat Pemula Graduan Terbaik
 
SYARAT RINGKAS: 
- Kategori pelajar: Terbuka kepada pelajar Sijil/Diploma/Ijazah Sarjana Muda UMS 2024-2025 
- Kategori graduan: Graduat selepas Okt 2023
- Kategori Kakitangan UMS (untuk kategori Mentor)
- Pembuktian 1 Januari 2024-3 Oktober 2025 sahaja
 
Dapatkan maklumat & bimbingan CEDeC untuk penyertaan ke anugerah berprestij peringkat kebangsaan : https://forms.gle/RsBqcaSCfwDzCcT9A 
 
Penyertaan hanya akan diterima melalui Pusat Pembangunan Kerjaya dan Keusahawanan UMS (CEDeC).
 
📩 Untuk pertanyaan lanjut:
Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya. / 01121377158
Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya. / 0134061004
Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya. / 0167768285
Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya.  / 0143533648 
 
#CEDECums #UMS #UniversitiMalaysiaSabah #SiswapreneurUMS